Blogger Widgets

Berita Utama

Video Remaja Bertudung Belasah Rakan Sampai Lunyai Di Sekolah

remaja bertudung, belasan rakan, sekolah

Seorang pelajar perempuan telah disepak, dipijak dan diheret atas lantai selepas menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.

Video yang tidak diketahui bila tarikh rakaman dan kini tersebar meluas di Facebook itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.

Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai gengster dan kak yong serta memanggil dirinya sebagai pailang yang bermaksud samseng.

Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.

Video


No comments:

Post a Comment