Blogger Widgets

Berita Utama

Notis Berkenaan Downtown Cheras Bakal Ditutup

downtown cheras, downtown, cheras, kuala lumpur, cheras kuala lumpur

Siapa tidak kenal dengan ‘syurga’ membeli-belah barangan pelbagai jenama pada harga murah iaitu Downtown Cheras yang sudah tentulah sangat sinonim dengan warga kota Kuala Lumpur. Ianya bukan sahaja dikunjungi orang biasa, tetapi turut menjadi tempat untuk para selebriti mendapatkan barangan berjenama pada harga rendah. Ingat artis ni kaya sangat ke? Tidak. Mereka pun sentiasa cari yang murah-murah tetapi berjenama.

Selain dari membeli-belah, para pengunjung juga boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dibuka pada setiap hari. Warga kota yang berlumba-lumba datang ke sini menjadikan kawasan ini sangat ‘pack’ terutamanya pada malam minggu dan cuti umum hingga perlu parking lebih dari 1KM pun ada.

downtown cheras, downtown, cheras, kuala lumpur, cheras kuala lumpur

Bulan lalu kami ada mendengar tentang yang pihak berkuasa akan menghentikan kehangatan perniagaan barangan murah yang selama ini telah banyak membantu ekonomi para peniaga kecil terutamanya bangsa Melayu kerana tapak tersebut telah dijual. Apapun kami menganggap ianya hanya khabar angin selagi tiada notis yang dikeluarkan.

Pagi ini kami menerima beberapa email dari para peniaga yang meminta orang ramai bersuara bersama para peniaga kecil di Downtown Cheras yang agak tersepit dengan notis yang mereka terima ini dan mereka menyatakan mungkin inilah nasib para peniaga Melayu, mengemis di tanah air sendiri. Tapi sejauh mana kebenarannya?

downtown cheras, downtown, cheras, kuala lumpur, cheras kuala lumpur

Dari notis yang disertakan, kelihatan tapak Downtown Cheras kini telah dijual kepada Tetuan Jakel Trading. Sebuat tentang Jakel Trading siapa tidak kenal dengan syarikat popular menjual kain dan pelbagai jenis busana ini kan?

downtown cheras, downtown, cheras, kuala lumpur, cheras kuala lumpur

No comments:

Post a Comment