Blogger Widgets

Berita Utama

Janin Dalam Lubang Tandas

janin dalam lubang tandas, janin dalam tandas, bayi dibuang dalam tandas, janin dibuang

TAIPING – Tidak berhati perut!! Mungkin itu perumpamaan yang wajar diberikan kepada individu tersebut  kerana sanggup membuang janin berusia kira-kira 32 minggu dalam lubang tandas di sebuah restoran makanan segera, Jalan Kota, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, janin perempuan itu ditemui dalam lubang tandas wanita.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika ingin menggunakan tandas tersebut dia terkejut melihat ada sesuatu dalam lubang tandas.

“Saya terkejut kerana terdapat janin dalam lubang tandas tersebut.

“Berikutan kejadian itu, saya segera memaklumkan kepada kakitangan restoran makanan segera tersebut dan mereka terus menghubungi pihak polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, polis melalui bilik gerakan menerima panggilan daripada salah seorang kakitangan restoran tersebut, memaklumkan penemuan janin perempuan.

Menurutnya, selepas bedah siasat dilakukan, didapati janin  perempuan itu berusia kira-kira 32 minggu.

“Sehingga kini difahamkan masih tidak ada saksi yang melihat individu bertindak membuang janin tersebut ke dalam lubang tandas,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam perkembangan sama, Yusuf berkata, janin tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran bagi tujuan membantu siasatan.

“Jika sabit kesalahan, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

No comments:

Post a Comment