Blogger Widgets

Berita Utama

Celcom Dan Nokia Janji Pertingkatkan Rangkaian

celcom, axiata, celcom 1malaysia, 8pax, UOX, SOX, XPAX24, celcom blue, agen topup, topup celcom, 7eleven

PELANGGAN Celcom Axiata Berhad (Celcom) bakal menikmati perkhidmatan liputan lebih baik dan muat turun data lebih pantas menerusi pemberian kontrak kepada Nokia yang akan meningkatkan kapasiti rangkaian telekomunikasi mudah alih Celcom di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

Bagi menampung pertumbuhan pengguna peranti pintar di negara ini, Nokia akan menggunakan informasi yang diperoleh daripada rangkaian masa sebenar yang seterusnya digabungkan dengan geolokasi terkini bagi membolehkan sistem ini meningkatkan kualiti rangkaian infrastruktur Celcom 2G dan 3G radio.

Dengan menggunakan profil peranti dan keadaan corak trafik rangkaian, Perkhidmatan “unik” dari Nokia ini akan mengenalpasti jumlah data pengguna dan seterusnya memberi kapasiti tambahan dengan tepat sekiranya pengguna itu memerlukanya.

Nokia dan Celcom akan bersama-sama untuk memberikan perancangan dan penyelesaian terbaik bagi menampung pesat penggunaan jalur lebar mudah alih yang semakin pesat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Dato’ Sri Shazalli Ramly berkata, pengoptimuman Nokia akan membantu meningkatkan kualiti rangkaian, perkhidmatan data serta panggilan di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

” inisiatif ini adalah sebahagian daripada program pengoptimuman rangkaian kami bagi menyediakan rangkaian mudah alih berkualiti tinggi kepada pelanggan Celcom di Malaysia.”

“Selepas perlaksanakannya di seluruh Sabah, Sarawak dan Pantai Timur, Celcom akan memperluaskan program ini ke di Lembah Klang,” kata Shazalli. ”

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly juga berkata, “Lembah Klang di antara pasaran paling penting Celcom berikutan jumlah pengguna telefon pintar serta perkhidmatan jalur lebar yang tinggi dan keutamaan syarikat kami ialah memastikan pengguna mendapat pengalaman terbaik dalam perkhidmatan”.

Ketua Eksekutif Celcom di Rantau Selatan Asia, John Lancaster Lennox berkata, “kepakaran dan pengalaman kami dalam bidang rangkaian global akan memastikan bahawa Celcom mempunyai perkihidmatan rangkaian kualiti tertinggi di Malaysia dan seterusnya mengekalkan kedudukan sebagai pengendali perkhidmatan telekomusi mudah alih pilihan di dalam negara.”

“Nokia yang merupakan salah satu daripada rakan kongsi utama telah beroperasi dan memahami secara terperinci tentang infrastruktur rangkaian dan berupaya memberikan kepakarannya kepada tahap yang seterusnya.

Kami percaya bahawa perkongsian kerjasama strategik ini akan meningkatkan lagi prestasi secara keseluruhan dan memberikanya kepakarannya untuk menangani isu-isu yang menjejaskan kualiti perkhidmatan. Kami meletakan keutamaan pelanggan untuk medapatkan pengalaman kualiti yang terbaik di mana-mana sahaja mereka berada di dalam ‘wilayah jajahan’ Celcom.”

No comments:

Post a Comment