Blogger Widgets

Berita Utama

Mayat Lelaki Di Rumah Tak Bernombor

mayat lelaki, mayat, rumah tak bernombor, mayat, lelaki di rumah tak bernombor

Kuching – Misteri tompokan darah di depan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Batu Kawa-Matang di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan parah di kepala di ruang tamu rumah berkenaan, petang tadi.

Mayat Lee Mui Chai, 57 ditemui polis trafik yang datang ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan selepas mendapat laporan mengenai kemalangan kira-kira jam 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Pauzi Bujang berkata, pihaknya menerima laporan berlakunya kemalangan dan polis trafik bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba seorang wanita berusia 39 berlumuran darah berada di tepi jalan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

“Difahamkan wanita itu sedang menunggu suaminya untuk dihantar ke hospital menggunakan kereta mereka. Bagaimanapun, anggota trafik pelik apabila menemui tompokan darah di depan rumah terbabit dan terus membuat pemeriksaan lanjut.

“Lelaki terbabit dipercayai mati akibat terkena hentakan objek tumpul, bagaimanapun tiada kesan pergelutan mahupun rompakan di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wanita yang berlumuran darah itu kini dirawat di HUS dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk bedah siasat.

Fauzi berkata, suami wanita terbabit berusia lingkungan 50-an ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment