Blogger Widgets

Berita Utama

Felixia Yeap Pilih Nama Islam Menerusi Mimpi

felixia yeap pilih nama islam menerusi mimpi, felixia yeap pilih nama islam

Selayang: “Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam,” kata bekas model Felixia Yeap, 28, yang bakal memeluk Islam pada Khamis ini.

Menurutnya, dia akan hanya mengumumkan nama barunya pada majlis memeluk agama Islam nanti.

“Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.

“Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur,” katanya ketika majlis Santai Ramadan Pertamaku di sini, semalam.

Yeap berkata, pada mulanya dia menyangka nama berkenaan tidak membawa apa-apa maksud.

“Namun apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yang baik dan indah,” katanya.

Menurutnya lagi, dia mengimpikan menjadi Muslimah yang baik selepas memeluk Islam.

“Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar kehidupan lampau saya.

“Pada masa yang sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dan sudah tentu mahu berkahwin,” katanya yang mengakui sudah mempunyai calon suami yang bukan daripada kalangan ustaz.

Ditanya mengenai pengalaman berpuasa, Yeap berkata, dia pernah cuba berpuasa pada dua tahun lalu iaitu selama sehari, tetapi tidak merasai keindahan.

“Itupun saya diajak oleh kawan saya, namun pada waktu itu, saya ingatkan minum dibenarkan, jadi saya hanya tidak makan saja.

“Pada tahun ini, saya akan berlatih berpuasa bermula hari ini,” katanya yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Najwa Latif sebagai ikon wanita bertudung.

“Agama Saya Cuma Atas Kertas, Saya Tidak Kisah”

agama saya cuma atas kertas, agama islam dipermainkan, menghina islam,

Nilai – “Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”. Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam.

Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu.

Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.

Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam.

Penyokong Bola Sepak Brazil Maut Akibat Serangan Jantung

penyokong bola sepak brazil maut akibat serangan jantung, penyokong brazil maut akibat serangan jantung

BELO HORIZONTE (Brazil): Penyokong bola sepak Brazil berusia 69 tahun maut akibat serangan jantung semasa menonton aksi penentuan sepakan penalti antara Brazil dan Chile, awal pagi tadi.

Lelaki berkenaan mengadu kurang sihat selepas Brazil menang penentuan sepakan penalti apabila perlawanan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Peminat fanatik berkenaan yang menghidap diabetis, meninggal dunia tidak lama selepas dibawa ke hospital, lapor portal berita G1 dan akhbar Estada de Minas.

Media tempatan melaporkan, pegawai kesihatan terpaksa merawat sekurang-kurangnya 100 orang semasa perlawanan, termasuk wanita berusia 50 tahun akibat masalah jantung.

Gambar Ranjang pun Dikongsi Di Instagram

gambar ranjang pun dikongsi di instagram, instagram, gambar ranjang, artis dirangjang

SK pun tidak tahu apa yang mereka fikir sehingga gambar-gambar macam ni boleh berada di Instagram sendiri.

Sepertinya mereka telah menyalahgunakan segala perkara, dari “Selfie” sehinggalah penggunaan teknologi itu sendiri.

Jika diperhatikan kepada warna kulit, rambut, bentuk muka dan sebagainya dengan senarai “username” yang like, mereka ini adalah Melayu.

Yang SK ingin ketengahkan disini bukanlah isu maksiat, dan mungkin mereka sudah berkahwin, tetapi yang menghairankan kenapa gambar-gambar seperti ini perlu ditunjukkan kepada public. Itupun kalau suami isterim bagaimanapun berdasarkan nama-nama nakal yang like itu sepertinya mereka ini bangga dan tunjuk menunjuk dalam kemaksiatan.

Inilah yang terjadi bila rasa malu itu sudah tiada, bila ajaran Islam dan adan-adab Melayu ditolak-tepi, dan bila teknologi itu disalahgunakan. Kepada ibu-bapa pantaulah aktiviti-aktiviti anak anda. Jangan ingat bila mereka berada di rumah, ibu bapa boleh rasa selamat kerana di media sosial macam-macam ada termasuklah buadaya yang tidak sihat.

Dicekup Berkhalwat Di Bulan Ramadan

dicekup berkhalwat di bulan ramadhan, berkhalwat di bulan ramadhan, dicekup berkhalwat

ALOR SETAR – Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan solat Tarawih dan amal ibadat, lain pula yang terjadi di Alor Setar, Kedah.

Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi.

Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.

Menurut pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut menahan beberapa pasangan lain.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Kota Setar untuk disiasat dan direkod keterangan, sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.

Mohd Roshidi berkata, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan maksiat walaupun pada bulan puasa untuk membendung gejala tidak bermoral di kalangan remaja dan umat Islam di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan melakukan maksiat di bulan Ramadan ini kerana anggotanya akan terus bertugas setiap hari.

Piala Dunia: Mesut Ozil Mengaku Tidak Puasa

piala dunia 2014, mesut ozil mengaku tidak puasa, mesut ozil islam, mesut ozil tidak puasa

KEDATANGAN Ramadan berlangsung serentak dengan pusingan kalah mati di Kejohanan Piala Dunia.

Pemain Perancis, Karim Benzema dan pemain Jerman, Mesut Ozil antara pemain beragama Islam yang beraksi di Piala Dunia 2014.

Ia bukan halangan buat sebahagian pemain Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria yang beragama Islam.

Selain Benzema dan Ozil, antara pemain beragama Islam dalam Piala Dunia kali ini ialah Sami Khedira dari pasukan Jerman, Mamadou Sakho dan Moussa Sissoko dari pasukan Perancis, Marouane Fellaini pemain tengah Belgium, Xherdan Shaqiri pemain tengah Switzerland serta beberapa pemain lain.

Bagaimanapun Ozil mengakui tidak akan berpuasa untuk beraksi bagi pasukannya.

Kebiasaannya, bintang-bintang profesional ini mengamalkan pemakanan ketat bagi mengekalkan hidrasi dan menjamin kecergasan tubuh.

Mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan atmosfera panas lembap di beberapa tempat perlawanan di Brazil.

Waktu dari imsak ke azan Maghrib di Rio de Janeiro mengambil tempoh 11 hingga 12 jam.

Datuk Abu Bakar Chik Meninggal Dunia

datuk abu bakar chik, datuk abu bakar chik meninggal dunia, maahad tahfiz wal tarbiyah


Kuala Terengganu: Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 64 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki Allahyarham Abu Bakar melanggar sebuah van Vanette yang dinaiki enam penumpang.

"Sebaik beliau dan pembantunya (Hasmizi Hasan) dibawa keluar, kereta dinaiki itu terbakar.

"Jenazahnya akan dibawa pulang dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, sebentar tadi.

datuk abu bakar chik, datuk abu bakar chik meninggal dunia, maahad tahfiz wal tarbiyah

Wajah remaja OKU yang Dikurung Ketika Masih Sihat

wajah remaja oku yang dikurung, wajah remaja oku yang dikurung ketika sihat

Inilah wajah comel remaja OKU yang ditemui terkurung dalam keaadaan menyedihkan disebuah rumah di Nilai Awal pagi semalam. Gambar ini diambil ketika beliau masih sihat. SiakapKeli memperoleh gambar ini melalui akaun Facebook yang dikatakan milik ibunya. Gambar ini dimuat naik oleh ibu beliau pada akhir tahun 2013 dengan caption berbunyi 'Permata hatiku yang sulung, dilahiran kurang upaya. namun, dia tetap cahaya hatiku yang dikasihi'. 

Ibu remaja ini dikatakan aktif mengemaskinikan akaun Facebook nya dan penampilannya juga langsung tidak mencerminkan kesempitan hidup yang dilaluinya yang mana sehingga sanggup mengurung anak kandungnya seumpama haiwan.

wajah remaja oku yang dikurung, wajah remaja oku yang dikurung ketika sihat, ibu kepada remaja oku yang dikurung, ibu remaja oku

wajah remaja oku yang dikurung, wajah remaja oku yang dikurung ketika sihat

wajah remaja oku yang dikurung, wajah remaja oku yang dikurung ketika sihat

wajah remaja oku yang dikurung, wajah remaja oku yang dikurung ketika sihat, wajah remaja yang dikurung semasa dijumpai

Terlalu Awal Sahkan Didera Emak

terlalu awal sahkan didera emak, didera emak, dikurung di dalam bilik tanpa tingkap

Seremban: “Berdasarkan pemeriksaan awal, badan remaja itu tinggal tulang dan kulit kerana tidak diberi makan secara sempurna. Dia memerlukan tempoh lama untuk pulih sepenuhnya.” kata Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Datuk Dr Jaafar Che Mat ketika ditemui semalam.

Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk mengesahkan sama ada remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, didera ibunya.

Menurutnya, pakar masih menjalankan rawatan rapi terhadap Muhammad Firdaus untuk meningkatkan tahap kesihatan remaja itu.

“Setakat ini, dia dilaporkan stabil dan pakar menjalankan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti wujud penderaan fizikal atau sebaliknya,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya juga terpaksa memberi kaunseling kepada Muhammad Firdaus supaya dia membiasakan diri dengan persekitaran baru dan percaya dengan doktor pakar yang memberikan rawatan.


Dr Jaafar berkata, beliau meletakkan harapan tinggi remaja malang terbabit akan sembuh dan pihaknya akan memberikan perhatian dan rawatan khusus sepanjang ditempatkan di HTJS.

Tiga Pelajar 'Video Pailang' Mengaku Bersalah

tiga pelajar mengaku bersalah, video pailang, tiga pelajar mengaku bersalah

Kota Samarahan: Tiga pelajar perempuan berusia 16 tahun yang terbabit dalam video 'budak pailang' mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Samarahan di sini, atas tuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib April lalu.

Pelajar terbabit mengaku bersalah di depan Majistret Zulhairil Sulaiman dan hukuman akan ditetapkan 11 Julai ini selepas meneliti laporan akhlak tertuduh.

Seorang tertuduh dikenakan dua pertuduhan mencederakan dan melakukan ugutan jenayah, manakala dua yang lain dituduh atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Tertuduh yang hadir ditemani ibu bapa masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis setiap minggu.

Pendakwaan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latif manakala tertiduh tidak diwakili peguam.

Video tertuduh membelasah mangsa dimuatnaik di Youtube dan menjadi viral di laman sosial.

Wajah Tampan Penjenayah Jadi Pujaan

wajah tampan penjenayah jadi pujaan, penjenayah jadi model, wajah tampan seorang penjenayah

Stockton – Gambar fotogenik seorang penjenayah menjadi bualan hangat pengguna Internet sebaik dimuat naik di laman Facebook Jabatan Polis Stockton di California pada Rabu.

Wajah tampan Jeremy Meeks, 30 tahun yang bermata biru itu menjadi pujaan pengguna Internet apabila gambarnya mendapat lebih 40,000 like dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik.

Daily Mail melaporkan foto kacak penjenayah itu kemudian dimuat naik di laman Twitter selepas ribuan pengguna media sosial terpikat dengan ketampanannya yang tidak dapat disangkal lagi.

Gambar Meeks turut menerima 12,000 komen daripada pengguna.

Jessica Gutierrez berkata: “Dia boleh culik saya bila-bila masa saja…culiklah saya kerana saya rela.

Seorang lagi pengguna menambah: “Seorang lelaki yang tampan tetapi itu tidak mengubah fakta yang dia ditahan kerana jenayah. Harap-harap dia tidak melakukan jenayah yang berat.”

Ada juga pengguna yang menyarankan agar Meeks ditawarkan pekerjaan sebagai model apabila dia keluar dari penjara kelak.

“Dia sepatutnya menjadi model. Saya akan beli apa saja yang dijualnya,” kata Bettina Jones.

Sementara itu, Meeks kini ditahan dengan ikat jamin AS$900,000 (RM2.8 juta).

Dia didakwa memiliki senjata api secara haram, selain terbabit dengan kegiatan samseng jalanan.

Janin Dalam Lubang Tandas

janin dalam lubang tandas, janin dalam tandas, bayi dibuang dalam tandas, janin dibuang

TAIPING – Tidak berhati perut!! Mungkin itu perumpamaan yang wajar diberikan kepada individu tersebut  kerana sanggup membuang janin berusia kira-kira 32 minggu dalam lubang tandas di sebuah restoran makanan segera, Jalan Kota, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, janin perempuan itu ditemui dalam lubang tandas wanita.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika ingin menggunakan tandas tersebut dia terkejut melihat ada sesuatu dalam lubang tandas.

“Saya terkejut kerana terdapat janin dalam lubang tandas tersebut.

“Berikutan kejadian itu, saya segera memaklumkan kepada kakitangan restoran makanan segera tersebut dan mereka terus menghubungi pihak polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, polis melalui bilik gerakan menerima panggilan daripada salah seorang kakitangan restoran tersebut, memaklumkan penemuan janin perempuan.

Menurutnya, selepas bedah siasat dilakukan, didapati janin  perempuan itu berusia kira-kira 32 minggu.

“Sehingga kini difahamkan masih tidak ada saksi yang melihat individu bertindak membuang janin tersebut ke dalam lubang tandas,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam perkembangan sama, Yusuf berkata, janin tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran bagi tujuan membantu siasatan.

“Jika sabit kesalahan, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Wartawan Piala Dunia 2014 Paling Seksi

wartawan piala dunia 2014, wartawan piala dunia 2014 seksi, wartawan seksi 2014, wartawan seksi

Selain daripada isteri dan teman wanita pemain bola sepak serta peminat bola sepak, wartawan Piala Dunia juga sangat menarik.

Wartawan berasal dari Mexico, Vanessa Huppenkothen merupakan bintang terbaru Piala Dunia.

Aksi Vanessa menari di tepi padang berpakaian seksi mencuri perhatian peminat sukan termasyhur dunia ini.

Kini Vanessa dinobatkan sebagai wartawan kesukaan semua ketika Piala Dunia!

Fleksy Keyboard: Aplikasi Intuitif Peranti Anda

fleksy keybord, jam telefon, samsung gear 2, samsung, platform samsung

Bagi pengguna jam pintar khususnya Samsung Gear 2, segala proses membalas atau menghantar mesej akan menjadi mudah dengan menggunakan aplikasi terbaru Fleksy Keyboard.

Ia boleh dikatakan antara papan kekunci yang menarik kerana hadir dengan gesture yang boleh mengesan kebiasaan hujung jari ketika menaip perkataan.

Dalam usaha untuk mengembangkan papan kekunci ini ke pelbagai platform lagi, pihak Fleksy menawarkan papan kekunci mereka untuk Samsung Gear 2.

Papan kekunci Fleksy untuk Samsung Gear 2 membolehkan perkataan ditaip dengan mudah pada skrin yang kecil melalui kawalan gesture yang dikhaskan.

Setiap perkataan yang ditaip mengikut struktur huruf bagi sesuatu perkataan akan diramal oleh Fleksy Keyboard dengan hanya membuat seretan pada baris papan kekunci.

Walau bagaimanapun, Fleksy Keyboard ini hanya ditawarkan melalui aplikasi Fleksy Messenger sahaja buat masa ini atas kekurangan sistem operasi Tizen yang tidak menyokong papan kekunci pihak ketiga pada keseluruhan sistem.

Namun perkara ini tidak menjadi halangan kerana Fleksy Messenger membolehkan pengguna menerima dan membuat reply teks SMS yang diterima melalui telefon terus melalui peranti Gear 2.



Pramugari MAS "DISANTAU" Kerana Pendedahan Misteri MH370?

berita terkini MH370, Pramugari Mas disantau kerana pendedahan misteri MH370, berita terkini MH370

Menurut bloglist-malaysian.blogspot.com

Berikut kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini yang menyatakan kebimbangan tentang perbuatan khianat santau yang cuba dihantar kepadanya dan cerita terkini tentang keadaan beliau yang ditulis oleh 'saudara terdekat' beliau di wall fb beliau.

berita terkini MH370, Pramugari Mas disantau kerana pendedahan misteri MH370, berita terkini MH370

berita terkini MH370, Pramugari Mas disantau kerana pendedahan misteri MH370, berita terkini MH370

Berikut adalah pendedahan yang dikongsikan beliau di timeline FB nya :

Susulan daripada bukti ini penyiasat dan pakar-pakar penerbangan menyimpulkan bahawa radar yg dikesan oleh Inmarsat yg mengatakan MH370 berakhir dilautan Hindi adalah teori rekaan semata-mata bagi mengalihkan perhatian dunia yg sebenarnya pesawat MH370 sudah lama mendarat di Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah !!!. 

Okey ikuti perkembangan terbaru pendedahan demi pendedahan MH370 dibawah ini bersama pakar-pakar penerbangan dlm dan luar negara serta beberapa penyiasat terkenal.

Mengapa satelit Inmarsat mengatakan lokasi terakhir MH370 dikesan ialah berada ditengah-tengah lautan hindi. Adakah ianya teori ataupun konspirasi jahat Amerika yg sengaja diwujudkan bagi menyakinkan dunia ianya telah berakhir di situ. Yang sebenarnya Amerika memilih lautan Hindi kerana semua sedia maklum lautan ini merupakan lautan yg paling dalam di dunia dan paling ganas sekali. 

So jika MH370 terhempas dilautan hindi adalah agak mustahil utk pasukan yg menyertai SAR mengesannya sbb mungkin sudah tenggelam dan hanyut dipukul ombak yg mmg kuat. Pasal itu penyiasat menyimpul bahawa negara yg menyertai misi SAR terpaksa memberhentikan misi mencari MH370 setelah menemui jalan buntu dan sebaliknya mereka (Amerika) sebenarnya sedang berunding dengan negara-negara berkenaan bagi mencipta teori bagaimana utk mewujudkan MH370 terhempas atau sebagainya setelah segala teori yg mereka cipta gagal dibuat kerana Allah s.w.t telah menggagalkan perancangan mereka. teruskan berdoa kerana Perancanggan Allah adalah sebaik-baiknya dan tepat.

Baru tadi penyiasat mendedahkan bahawa kedudukan terkini penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di Diego Garcia telah dipindahkan ke sebuah pulau yg terdapat di negara India. Mereka semua ditempatkan di suatu lokasi rahsia. 

Manakala sumber risikan yg mungkin berpaling tadah telah mendedahkan lokasi kesemua penumpang MH370 berada di negara ini tetapi enggan mendedahkan lokasi terperinci. Susulan pendedahan pegawai tertinggi di India itu terus mendapat respon dari penyiasat yang menyimpulkan teori utk mewujudkan MH370 terhempas ataupun berakhir dilautan hindi adalah rekaan semata-mata bagi mengelakkan ianya dikesan oleh dunia dan mengalihkan pandangan dunia bahawa yg sebenarnya pesawat MH370 sudah lama mendarat pada pagi kejadian.

Sofia tertarik dgn seorang hamba Allah yg telah mengemail sofia utk dikongsikan di wall ini yg berbunyi: " Obama berjaya dlm misinya setelah melawat Malaysia dan beberapa negara Lain. China dapat dijinakkan hasil lawatan rasmi PM M'sia. Rusia dapat ditundukkan. Amerika dan Yahudi masih terasa tersepit dan takut akibat hamas dan fatah bergabung membentuk kerajaan Perpaduan di Palestin " 

Penyiasat melaporkan rentetan peristiwa kehilangan MH370 yg sebenarnya ada kaitan yg berlaku di washington DC (11 Sept.) bagi mengaitkan Islam dgn keganasan walaupun sehingga kini Amerika tiada lagi bukti yg kukuh peristiwa sept. itu didalangi oleh ekstremis Islam dan hanya menuduh al-Qaeda utk menunjukkan pada dunia yg Islam ini mmg jahat. 

Teori utk mengaitkan MH370 telah dihijacked oleh kumpulan militan Islam (Al-Qaeda) sedang dicipta oleh Amerika Laknatullah plus Israel Yahudi jika rundingan akhir gagal disepakati.

Ketibaan Barack Obama ke Malaysia dgn pesawat rasminya Air Force One di Lapangan terbang Subang baru-batu ini. Fakta menarik yg semua rakyat Malaysia mungkin tidak tahu dibelakang takbir iaitu 

(i) 2 pesawat Amerika telah landing di Subang dan satu stanby di KLIA dan dikawal rapi oleh tenteranya dan tidak boleh mana-manapun termasuk tentera Malaysia mahupun PDRM menghampiri pesawat yg berada di subang mahupun di KLIA. 

(ii) Apa yg menarik dan peliknya pesawat yg stanby dan berada di landasan KLIA diletakkan dibahagian Kargo MAS dan pintu utama kapal terbang ini menghala ke arah penerbangan bukan sebaliknya yg berlaku ke atas mana-mana kapal terbang di dunia jika selamat mendarat. 

(iii) Kesemua remote control kereta yg diparking dilandasan kargo MAS KLIA berdekatan pesawat US ditempatkan gagal berfungsi dan mereka semua terpaksa membuka dan menutup pintu kereta secara manual. 

(iv) Kereta yg Barack Obama dtgnya khas dari US sendiri bukannya kereta yg berada di Malaysia. Manakala tempat tinggal Obama bukannya dihotel 5 star sebaliknya dirumah mewah milik warga negara Amerika sendiri. Dimaklumkan juga sekitar rumah tersebut sepanjang Obama menginap dijaga sendiri oleh tentera yg dtgnya dari Amerika sendiri.

Pendek cerita all made in Amerika not Malaysia. Kesimpulannya penyiasat telah merumuskan bahawa kedatangan Obama ke Malaysia dan negara-negara yg dilawatinya adalah satu sandiwara dan lakonan semata-mata .Sebaliknya adalah utk memaklumkan bahawa pesawat MH370 berada di dlm keadaan selamat dibawah tentera Amerika.

Penyiasat mengatakan bahawa kerajaan India sebenarnya mempunyai bukti yg kukuh malah radar negara tersebut sebenarnya telah mengesan terlebih dahulu pesawat MH370 lalu di situ kerana ugutan dan campur tangan kedutaan Amerika yg berpangkalan di sana akhirnya kerajaan India terpaksa akur dan menafikan penduduknya nampak MH370 terbang rendah menuju keselatan kepulauan lautan hindi sekitar jam 6.15 pagi. 

Ini dikukuhkan lagi dengan terbocornya maklumat dari agen risikin yg mengatakan pegawai tertinggi India sendiri telah mendedahkan hal yg sebenarnya berlaku. Mereka merancang... Allah juga merancang.... tetapi perancangan Allah lagi tepat.........

Dipetik dari facebook Sharifah Sofia Syed Rashid

(Gambar) Gadis Tak Pakai Baju Dilihat Di Hotel Penginapan Pasukan England

gadis tak pakai baju dilihat di hotel penginapan pasukan england, pornstar tak pakai baju dilihat di hotel penginapan pasukan england, fifa world cup 2014 england

Seorang gadis bogel dan sengaja mempamerkan tubuhnya tiba-tiba keluar di balkoni Hotel Royal Tulip di Bandar Rio de Janeiro. Hotel ini tempat pasukan England menginap selama Piala Dunia. Ramai mendakwa gadis yang tidak diketahui namanya itu pelacur, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Star, Selasa (17/6).

"Usianya sekitar 20 tahun dan sengaja mencari perhatian," ujar saksi yang melihatnya.

Gadis tersebut muncul sekitar empat minit di balkoni.

Ini membuat peminat pasukan England terkejut. Pengurus pasukan Roy Hodgson berkata rombongannya tak satu pun mengenali perempuan itu. 

"Pasukan kami tidak ada skandal apa pun. Kami dikelilingi penasihat serta tenaga pakar yang mengingatkan agar kami tetap profesional," ujar Hodgson.

gadis tak pakai baju dilihat di hotel penginapan pasukan england, pornstar tak pakai baju dilihat di hotel penginapan pasukan england, fifa world cup 2014 england

gadis tak pakai baju dilihat di hotel penginapan pasukan england, pornstar tak pakai baju dilihat di hotel penginapan pasukan england, fifa world cup 2014 england

Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Tahun Depan

hand sedia masuk islam nikah tasha tahun depan, han masuk islam, han dan tasha nikah

PETALING JAYA – Pelakon Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.

“Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga,” kata Tasha kepada mStar Online.

Terdahulu Tasha baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia dalam rangka percutiannya yang dibawa oleh AirAsia X pada 11 hingga 15 Jun lalu.

Aksi menarik Tasha ketika berkunjung ke Sydney 11 Jun lalu tajaan AirAsia X.

Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.

Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu.

“Saya bersyukur kerana keluarga Han benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam,” katanya.

Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.

Mengenai tarikh perkahwinan Tahsa berkata, buat masa ini mereka masih belum memperoleh mana-mana tarikh yang sesuai kerana perkara itu masih lagi baharu dibincangkan.

Ujarnya, sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Han akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dekat sini dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila mereka berkahwin nanti.

Dalam perkembangan berkaitan ibu Tasha iaitu Rosnah Suratman, 57, berkata keluarganya juga sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan.

Malah ujar Rosnah bakal menantunya itu seorang yang baik selain mempunyai sifat sopan santun.

“Makcik tidak mengahlang hubungan Tasha dengan Han. Kalau ada jodoh, adalah. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Insya-Allah, makcik merestui hubungan mereka,” katanya.

Penyokong England Desak Suarez Diusir

penyokong england desak suarez diusir, suarez diusir penyokong england, fifa world cup 2014

KUALA LUMPUR: Selepas menjaringkan dua gol dan meletakkan England di ambang penyingkiran dari kejohanan Piala Dunia, penyokong Three Lions kini menggesa penyerang sensasi Liverpool itu diusir, menurut laporan laman web akhbar Metro negara itu.

Suarez yang menjaringkan dua gol untuk memberi Uruguay kemenangan penting dalam saingan Kumpulan D, memberitahu media selepas perlawanan semalam bahawa ia adalah sebagai membalas dendam layanan buruk yang diterimanya di England.

Berikutan itu, penyokong fanatik England mendesak Suarez diusir apabila beliau kembali ke England selepas kejohanan Piala Dunia.

Kerana RM5k, Dinoda Along

kerana RM5k dinoda along, tak dapat bayar duit dinodai along, along, jenayah along

Antara bahana meminjam dengan along. Seorang kerani berusia 32 tahun diperkosa oleh along tersebut gara-gara gagal melunaskan pinjamannya sebanyak RM5000.

Pengorbanan seorang ibu untuk melangsaikan kos rawatan bil hospital anaknya bertukar tragedi apabila beliau diperkosa di sebuah hotel di ibu negara. Malangnya selepas diperkosa wanita tersebut tetap dipaksa untuk menjelaskan hutangnya sebanyak RM10 ribu termasuk bunga.

Akibat tertekan dan trauma, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee.

Along tersebut mengugut untuk mengapa-apakannya jika tidak dapat menjelaskan hutang dalam tempoh ditetapkan. Suspek mencadangkan untuk meminjam dengan along yang lain bagi menjelaskan hutang tersebut. Ketika itulah wanita tersebut dibawa ke hotel berkenaan dan dirogol.

Mangsa yang tidak mempunyai pilihan bersetuju dan mereka berjanji berjumpa di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, kelmarin untuk berjumpa dengan along terbabit,” katanya.
Menurutnya, sebaik mangsa tiba di lobi hotel, suspek mengajaknya masuk ke dalam sebuah bilik di hotel itu, namun dia enggan dan memberitahu ingin berbincang di lobi hotel.

Suspek bagaimanapun memberitahu along yang ingin diperkenalkannya tidak mahu kegiatannya disedari orang lain dan ingin berjumpa di dalam bilik.
Mangsa yang mempercayainya akur dan mengikut suspek, namun terkejut apabila kelibat along yang kononnya menunggu mereka di dalam bilik tiada sebaliknya suspek terus mengunci pintu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal apabila diperkosa suspek. Selepas selesai suspek meminta mangsa menjelaskan hutang itu dalam masa terdekat.

Susulan isu Nabila Huda dan Amy Search

susulan isu nabila huda dan amy search, isu nabila huda dan amy search

Gambar Abil dan kekasihnya sedang bercium dikatakan punca utama Amy Search mengamuk. Apapun sebelum menunding jari terhadap kesalahan anak, si bapa perlulah cerminkan diri terlebih dahulu. Cukupkah didikan agama yang diberi.

Bak kata-kata pujangga.. "bapak borek anak rintik", "dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi", diharap amy dapat menangani masalah ini dengan lebih ilmiah daripada menggunakan teguran yang lebih berunsurkan sumpah seranah dimedia sosial.

Zaquan Adha Bermain Cinta Dengan Penyokong JDT Di WeChat?

zaquan adha, zaquan adha bermain cinta dengan penyokong JDT, penyokong JDT, bermain cinta dengan penyokong JDT di Wechat


Teknologi kalau digunakan dengan betul banyak faedahnya — contohnya laman web kami yang serba canggih ini, menjadi penyebar kisah selebriti untuk umpatan anda semua. 

Seorang peminat mengirimkan sepucuk e-mail kepada kami hujung minggu lalu mendedahkan perilaku seorang pemain bola sepak terkenal yang juga merupakan suami kepada seorang artis atau selebriti yang agak terkenal juga.

Melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha.


zaquan adha, zaquan adha bermain cinta dengan penyokong JDT, penyokong JDT, bermain cinta dengan penyokong JDT di Wechat

Menurut sumber yang memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Itu Bukan WeChat ID Zaquan

bukan ID wechat zaquan, id wechat,


Dalam masa beberapa jam sahaja, foto screenshot yang didakwa merupakan perbualan antara Zaquan Adha dengan seorang gadis cheerleader JDT sudah menjadi bahan viral di internet.

Artikel Berkaitan: I Tak Nak Kiss?- Suami Ayu Raudhah ‘Flirt’ Dengan Gadis Sorak JDT? Ehem.

Mana taknya, memegang status sebagai suami kepada Ayu Raudhah dan juga merupakan pemain bola sepak terkenal, sudah tentu gosip panas tersebut menular dengan pantas.

Bagaimanapun, Ayu ketika dihubungi sebentar tadi telahpun memberi penjelasan kepada kami berkenaan isu ini. Apa agaknya respon si isteri ya?

bukan ID wechat zaquan, id wechat,

“Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. 
Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya. So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini. 

Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan.”

Ayu tidak menafikan bahawa perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak tertentu yang berniat mahu merosakkan kebahagiaan rumahtangga yang dimilikinya kini.

“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tapi yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini.”

Murid Tahun Satu Maut Dilanggar Bas Sekolah

murid tahun satu maut dilanggar bas sekolah, murid tahun satu dilanggar bas sekolah, budak dilanggar bas sekolah, budak sekolah dilanggar bas

JOHOR BAHARU: Seorang murid tahun satu maut selepas dilanggar bas sekolah yang dinaikinya di Jalan Seroja, Taman Plentong Baru di sini tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Abd Samad Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.10 tengah hari sejurus Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad, 7, yang baru pulang dari sekolah turun dari kenderaan terbabit untuk melintas jalan ke rumahnya.

"Dipercayai selepas menurunkan Nor Balqis Atiqah, pemandu bas mini sekolah berkenaan terus bergerak menuju ke hadapan tanpa menyedari murid perempuan itu berada di hadapan basnya.

"Selepas mendengar jeritan orang ramai, pemandu bas terbabit keluar untuk memeriksa keadaan dan mendapati mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 2 sudah terbaring di atas jalan raya di belakang kanan bas," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata Nor Balqis Atiqah yang cedera parah di kepala dan badan kemudiannya digegaskan ke Hospital Sultan Ismail untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia, hampir dua jam kemudian.

Abd Samad berkata pemandu bas berkenaan, seorang wanita berumur 40-an sudah membuat laporan polis dan siasatan lanjut terhadapnya kini sedang dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu bapa saudara mangsa, Sulaiman Ibrahim, 48, yang ditemui di rumah mayat berkata beliau menerima panggilan kira-kira pukul 2 petang dari ibu mangsa, Noraini Husin, 31.

"Saya masih terkejut dan tidak menyangka kejadian seumpama ini menimpa anak saudara saya. Pemandu bas tersebut sepatutnya kena berwaspada dan memastikan murid-murid selamat sampai ke rumah sebelum menggerakkan kenderaannya," katanya.

Menurut Sulaiman, jenazah anak ketiga daripada tujuh beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak.

Bapa murid terbabit yang merupakan pekerja sebuah syarikat perkapalan di sini kini sedang berada di Filipina.

Laman The Star Online Tiruan Dikesan

laman the star online tiruan dikesan, the star online tiruan dikesan, the star online tiruan

PETALING JAYA: Sebuah laman sesawang telah dikesan menyerupai laman berita tempatan The Star Online.

Menurut Star Publications (M) Bhd yang mana mereka tiada sebarang perkaitan dengan laman tersebut. Ternyata laman copycat beralamat thestar.com-x.biz/special-report tidak mendapat kebenaran untuk penggunaan trademark dan tema laman termasuk logo mereka dari pemilik hakcipta.

Tujuan asal laman tersebut tidak diketahui dan mungkin semata-mata ingin meraih kepercayaan terhadap isi kandungannya atau lebih buruk jika bertujuan fitnah atau berita-berita palsu.

Berdasarkan pandangan SK perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada The Star dimana setiap kandungan baik atau buruk mahupun berunsur fitnah yang diterbitkan oleh laman seperti ini akan menggunakan identiti The Star.

Memetik dari mStar online "Kita akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi memastikan isu ini ditangani secepat mungkin," kata Ketua Produk (Digital) Star Publications, Serm Teck Choon".

Waulauapapun perkara ini telahpun dibuat laporan polis termasuklah kepada SKMM dan CMCF.

PM Singapura Sanggup Beratur 30 Minit Untuk Ayam Goreng

perdana menteri sanggup beratur 30 minit untuk ayam goreng, pm singapura sanggup beratur 30 minit untuk ayam goreng

Kalau ada lah yang tidak mengenali Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ini di sekitar itu mesti mereka tidak tahu yang pakcik ini adalah seorang yang amat berpengaruh. Apa tidaknya beliau adalah seorang Perdana Menteri. Dan mungkin yang ada di sekitar beliau pada masa itu juga tidak perasan akan kehadirannya.

perdana menteri sanggup beratur 30 minit untuk ayam goreng, pm singapura sanggup beratur 30 minit untuk ayam goreng

Apa yang SK ingin ketengahkan di sini, lihat sahaja kesederhanaan dan betapa berjiwa rakyatnya beliau. Tidak pasti pula jika terdapat beberapa orang pengawal peribadi berhampiran ataupun tidak tetapi yang pasti beliau sanggup menunggu 30 minit untuk mendapatkan ayam goreng (kegemarannya mungkin) sama seperti orang awam yang tiada apa-apa keistimewaan sedangkan beliau sudah tentu dapat menggunakan pengaruhnya untuk ayam goreng tersebut. Melihat gambar diatas, rata-rata rakyat dari negara jiran kagum dengan sikapnya.

Selain itu beliau juga tidak kisah menjamu selera di pusat penjaja terletak di Block 85 Redhill Market sama seperti rakyat kebanyakan lain. Bagamainapun ramai yang tidak percaya akan kesahihan gambar tersebut tetapi semuanya telah membuka mata apabila beliau sendiri mengemaskini Status Facebooknya tentang sebuah kedai popular di sana pada Jumaat lalu.

Syarat Kahwin: 15 Kepala Tentera Assad Sebagai Mas Kahwin

syarat kahwin, 15 kepala tentera assad sebagai mas kahwin, kepala tentera assad sebagai mas kahwin

DAMSYIK - SYRIA. Seorang wanita di Syria meminta 15 kepala tentera pro Bashar al-Assad sebagai mas kahwin.

Media melaporkan, Aicha Faaourya, 50, juga meminta 50 lagi kepala jika bercerai.

“Ibu tunggal itu meletakkan syarat ngeri selepas suaminya yang juga askar Tentera Pembebasan Syria maut dibunuh tentera rejim dua tahun lalu,” menurut laporan itu.

Difahamkan, Aicha atau lebih mesra disapa Umm Shouhada yang bermaksud ibu para syuhada meletakkan syarat demikian selepas beliau dilamar ketua daerah Aleepo, Ahmad Ramilat.

“Saya bersumpah memerangi tentera Assad hingga mati. Rejim membunuh suami saya dan kini empat anak saya sedang mencari keadilan untuk keluarga kami,” katanya.  

Sementara itu, Ahmad Ramilat berikrar menentang rejim selepas dua anaknya maut ketika bertempur dengan tentera awal tahun lalu.

“Saya akan memenuhi hajat Aicha dan bersumpah akan memenggal kepala 15 kepala askar rejim untuk memperisterikannya,” katanya, laporan dipetik dari Sana.

Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3 Sentimeter


SEORANG lelaki mendakwa pembedahan ke atas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter.
Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital sebanyak £90,000 kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan.

Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital.

Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya.

Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang.

Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks.

Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan baharu pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah.

Pembedahan itu menyebabkan beliau 'kehilangan' kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal.

Lelaki berasal dari Quebec, Kanada itu juga mendakwa pembedahan di Hospital Le Gardeur di Montreal itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan seks selama dua tahun.

Lelaki Cemas Tertelan Telefon Bimbit

tertelan telefon bimbit, lelaki cemas tertelan telefon bimbit, lelaki tertelan telefon bimbit

PANGGILAN kecemasan yang diterima di Afrika Selatan ini luar biasa sekali apabila kecuaian seorang lelaki menyebabkan telefon bimbit tersangkut dalam mulutnya.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki cemas apabila dikatakan tertelan telefon bimbitnya jenis Blackberry hingga ia tersangkut di tekak lelaki itu.

Sebaik tiba di hospital, doktor yang mengendalikan kes itu tidak dapat menahan ketawa melihatkan keadaan lelaki itu sambil berusaha mengeluarkan telefon bimbit itu dari mulut lelaki berkenaan.

Rakaman video menunjukkan pesakit dari Klerksdorp itu terbaring sambil mulutnya terbuka dan dikelilingi paramedik untuk menyaksikan prosedur yang lain daripada lain itu, malah ada dalam kalangan petugas hospital itu yang merakamkan kejadian itu menerusi telefon bimbit mereka.

Dapat didengar ketawa beberapa petugas hospital itu ketika forseps digunakan untuk menarik keluar telefon bimbit dari mulut pesakit itu.

Rakaman oleh Edwin Shingo yang menyaksikan prosedur unik pada 2012 itu menjadi viral hujung minggu lalu selepas video itu dikonsi pada laman LiveLeak.


Dendam Amerika Terhadap Mahathir

Kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya…

PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

dendam amerika terhadap mahathir, dendam amerika syarikat terhadap mahathir, dendam amerika terhadap tun dr mahathir

Bagaimana boleh jadi begitu?

Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.

Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat menaruh dendam yang cukup besar terhadap beliau.

Wang Dilarikan Juruteknik Ditemui Di Dalam Semak

wang dilarikan juruteknik ditemui di dalam semak, wang ditemui di dalam semak, juruteknik melarikan wang

IPOH: Polis menemui wang tunai sebanyak RM210,000 daripada RM235,280 yang dilarikan oleh seorang juruteknik sebuah syarikat kawalan keselamatan ketika memindahkan wang tersebut dari sebuah bank ke dalam van syarikat terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Superintendan Maszely Minhad berkata, wang tersebut dijumpai di dalam semak di Kampung Bunga Tanjung, Malim Nawar, tempat suspek berusia 23 tahun itu dipercayai tinggal.

Menurutnya, suspek ditugaskan dengan seorang lagi juruteknik dan tiga pengawal keselamatan untuk mengutip duit dari mesin pengeluaran wang (ATM) di beberapa bank sekitar Ipoh pada petang Selasa.

"Syarikat tersebut menyedari bahawa sebuah beg kanvas yang sepatutnya mengandungi sejumlah wang sebanyak RM235, 280 hilang semasa pungutan dan segera melakukan siasatan dalaman.

"Mereka kemudiannya melaporkan mengenai perkara itu kepada polis keesokan harinya," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Mazsely berkata, tiga pengawal keselamatan itu ditahan kira-kira pukul 5.20 petang Khamis lalu.

"Berdasarkan kenyataan mereka, kami mendapati suspek membawa bersama jaket berwarna hitam semasa menjalankan tugas.

"Kami kemudiannya menahan mangsa yang kemudiannya mengaku memasukkan beg kanvas yang mengandungi wang yang hilang itu di dalam jaket tersebut.

"Dia meletakkan beg kanvas lain ke dalam van syarikat terbabit," kata Mazsely.

Polis kemudiannya menjumpai wang tersebut yang berselerakan di dalam semak bersama-sama beg kanvas yang telah terbakar selain beg plastik dengan logo bank terbabit.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Mazsely berkata suspek kini direman selama tiga hari sehingga Isnin manakala yang dilain dibebaskan dengan jaminan polis.

Hati-Hati Penipuan “Cikgu” Di Tesco Extra Selayang

tesco selayang, tesco, logo tesco, penipuan di tesco selayang

Zaman sekarang, macam-macam cara orang nak menipu. Kebanyakan bermodalkan kisah sedih sahaja.

Contohnya taktik penipuan seorang lelaki yang dikesan dilakukan di pasaraya Tesco Ekstra, Selayang.

Berikut adalah perkongsian kisah bagaimana penipu ini menjual ceritanya demi menipu wang ringgit mangsa sebagaimana dikongsikan di media sosial.

Diharapkan kita tidak menjadi salah seorang mangsanya:

Petang kemarin ketika keluarkan duit dari mesin ATM di Tesco Extra Selayang, ada satu brader Melayu. Awal 50an, sawo matang, tinggi dalam 1.60m, pakai smart, minta tolong pasal kad ATM dia kena telan dalam mesin ATM. Dia kata dia ‘cikgu’ dari Syah Alam. Bini nak operate petang ni kat HKL.

Simpati dengan dia aku cuba tolong la apa yang boleh. Dia minta no acc aku nak suruh kawan dia sorang ‘USTAZ’ bank in duit dalam acc aku. Aku ambil no phone ‘cikgu’ 0175334878 utk sent no acc aku.

Plan dia cukup menarik.. tengah-tengah dok cerita pasai masalah dia ni, tot2 call in dari bank katanya, aku tengok sendiri nombor yang call in tu start 03, percaya la aku dari bank. Nombor office. Dia suruh cut off ATM acc sebab kat dalam tu ada balance RM16K. Fuyyooo.

Lepas tu ada call lain masuk kat hp dia yang lagi satu (loaded juga ‘cikgu’ ni ada 2 handphone). ‘Ustaz’ call lambat sikit nak transfer suruh aku tunggu setengah jam.

‘Cikgu’ ni merayu kat aku nak pakai duit dulu dalam 8 ratus sebelum ‘Ustaz’ transfer RM1K kat acc aku. Kalau aku ada duit pun aku tak bagi sebanyak tu.

Dia tanya berapa aku boleh bagi dulu kat dia, sebab ada stuff dia stuck kat cashier. Pehhhhhh membelitnya cerita dia..

Aku cakap kat ‘cikgu’ tu, duit aku boleh bagi, tapi mai IC dia untuk aku snap gambaq guna hand phone.

Dia cuba merayu yang dia tak kan tipu tapi bila aku berkeras minta IC dia lari pi kot lain.

Tak mau ada org lain juga ditipu dengan CARA yang sama, pagi tadi aku pi report polis kat balai Batu Caves, rupanya dah ghamai yang report terTIPU dengan taktik ‘cikgu’ ni. DONIA OH DONIA!!!!

Kongsikan cerita ini pada keluarga dan rakan-rakan, diharapkan tiada lagi yang tertipu dengan taktik lelaki menggunakan gelaran ‘cikgu’ ini.

Mayat Lelaki Di Rumah Tak Bernombor

mayat lelaki, mayat, rumah tak bernombor, mayat, lelaki di rumah tak bernombor

Kuching – Misteri tompokan darah di depan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Batu Kawa-Matang di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan parah di kepala di ruang tamu rumah berkenaan, petang tadi.

Mayat Lee Mui Chai, 57 ditemui polis trafik yang datang ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan selepas mendapat laporan mengenai kemalangan kira-kira jam 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Pauzi Bujang berkata, pihaknya menerima laporan berlakunya kemalangan dan polis trafik bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba seorang wanita berusia 39 berlumuran darah berada di tepi jalan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

“Difahamkan wanita itu sedang menunggu suaminya untuk dihantar ke hospital menggunakan kereta mereka. Bagaimanapun, anggota trafik pelik apabila menemui tompokan darah di depan rumah terbabit dan terus membuat pemeriksaan lanjut.

“Lelaki terbabit dipercayai mati akibat terkena hentakan objek tumpul, bagaimanapun tiada kesan pergelutan mahupun rompakan di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wanita yang berlumuran darah itu kini dirawat di HUS dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk bedah siasat.

Fauzi berkata, suami wanita terbabit berusia lingkungan 50-an ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pahang Julang Trofi Juara Piala FA 2014

juara piala fa 2014, piala fa 2014, pahang juara piala fa 2014

SHAH ALAM – Pahang berjaya menamatkan kemarau selama lapan tahun bagi menjulang Piala FA buat kali kedua selepas mengalahkan Felda United FC (FUFC) 2-1 pada final di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.

Penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme muncul wira skuad ‘Tok Gajah’ selepas meledak gol kemenangan pada minit ke-88 selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.

Skuad ‘Tok Gajah’, yang juga penyandang juara Piala Malaysia, muncul juara buat kali pertama pada 2006 selepas mengalahkan Perlis 4-2 menerusi penentuan penalti selepas terikat 0-0 selepas 120 minit perlawanan.

Pada pertemuan dengan FUFC, Pahang bermula garang menerusi percubaan Dickson seawal minit keenam yang melepasi palang gol lawan.

Kelekaan barisan pertahanan skuad ‘Tok Gajah’ membawa padah apabila penyerang berbisa skuad ‘The Fighters’, Edward Junior Wilson membuka tirai jaringan pada minit ke-22, sekali gus menceriakan hampir 10,000 penyokong mereka.

Tersentak dengan gol tersebut, pasukan Pahang kendalian Zainal Abidin Hassan kembali memperkemaskan permainan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-38 namun tandukan Azidan Sarudin hasil hantaran Azamuddin Mohd Akil, sekadar singgah di palang gol Felda United FC.

Bersambung babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu masing-masing dan namun nasib lebih menyebelahi Pahang yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol pemain gantian, Mohd Faizol Hussein pada minit ke-79, sekali gus menceriakan hampir 50,000 penyokong skuad ‘Tok Gajah’.

Nwakaeme mengesahkan Piala FA menjadi milik Pahang buat kali kedua selepas meledak gol kemenangan selepas menyempurnakan hantaran rakan sepasukan.

Kejayaan tersebut lebih manis untuk skuad ‘Tok Gajah’ selepas Mohd Faizol dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Trofi Piala FA disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), yang juga Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kepada kapten pasukan Pahang, Mohd Razman Roslan.

Dua Restoran Tom Yam Diarah Tutup

restoran tom yam, tom yam, resepi tom yam, kedai tom yam, kedai tom yam diarah tutup

GEORGETOWN – Sebuah restoran tom yam di Kubang Menerong, Kepala Batas dan sebuah lagi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan negeri mulai semalam kerana gagal mematuhi peraturan kesihatan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Pulau Pinang (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, pengusaha dua premis berkenaan diberi tempoh 14 hari untuk melakukan kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 sebelum diperiksa sekali lagi.

Katanya pada operasi fasa ke-11 semalam, 78 premis diperiksa iaitu empat di Daerah Timur Laut, Barat Daya (38), Seberang Perai Utara (empat), Seberang Perai Tengah (25) dan Seberang Perai Selatan (tujuh), katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ku Nafishah berkata jabatan itu mengeluarkan notis saman berjumlah RM3,300 atas kesalahan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 2009 dan pengusaha digesa menjelaskan bayaran dalam tempoh sebulan atau denda digandakan.

Katanya pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan 25 kompaun berjumlah RM1,710 kerana kesalahan tidak menyediakan perangkap minyak pada saluran buangan di dapur dan kesalahan pengurusan sisa tidak sempurna.

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan operasi tanpa mengira waktu siang atau malam selain melakukan pemantauan mengejut termasuk di premis yang pernah diperiksa sebelum ini.

Ku Nafishah berkata tahap kebersihan premis makanan di Pulau Pinang semakin baik kesan operasi penguatkuasaan yang dijalankan dua bulan sekali sejak awal tahun ini.

“Jabatan Kesihatan negeri menetapkan jumlah 65 hingga 70 peratus mengikut kategori premis sebagai markah ‘lulus’ namun jika ada masalah kritikal arahan tutup akan dikeluarkan dan kami dapati kesedaran pengusaha semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika mempunyai aduan berkenaan premis makanan kotor atau produk makanan rosak di negeri ini, katanya.

Beliau berkata sejak awal Januari sehingga semalam sebanyak 85 aduan telah diterima melibatkan premis kotor di negeri ini dan pemeriksaan telah dilakukan serta-merta oleh pejabat kesihatan daerah terdekat untuk tindakan lanjut.

Amah Mengamuk Makan Anak Kucing Hidup-Hidup

amah mengamuk, amah lari, amah gila, amah makan kucing, manusia makan kucing

BAGAIKAN dirasuk roh jahat, seorang pembantu rumah warganegara Indonesia dipercayai memakan anak kucing peliharaan majikannya hidup-hidup.

Terdahulu, majikan terbabit menemui bangkai anak kucing kesayangan mereka di depan rumahnya di Sibu, malam kelmarin.

Apabila ditanya oleh majikannya, pembantu rumah itu mengaku telah memakan bahagian kepala dan daging anak kucing itu serta meninggalkan bahagian kulitnya.

Wanita itu memberitahu, mereka terpaksa mengikat kaki dan tangan pembantu rumah terbabit yang dipercayai tiba-tiba mengamuk.

Bimbang keselamatan keluarga, mereka kemudian meletakkan pembantu rumah itu di dalam kereta yang diparkir di luar rumah, semalaman.

“Dia (pembantu rumah) kelihatan pulih hari ini (semalam). Saya kemudian membuka ikatan dan berjanji akan menghantarnya pulang ke negara asalnya jika itu kehendaknya.

“Saya juga membawanya membeli nasi ayam di Ramin Way seperti yang dia minta sekitar jam 10.30 pagi tadi (semalam),” jelasnya.

Selepas selesai membeli makanan, pembantu rumah itu dikatakan enggan masuk ke dalam kereta sekali gus mencetuskan satu adegan yang menarik perhatian orang ramai.

“Dia tiba-tiba mengamuk kemudian masuk ke dalam kereta semula dan membuang barang keluar dari kereta. Dia juga menggigit pokok hiasan,” ujar wanita itu.

Empat anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa sejam untuk membawa pembantu rumah itu masuk ke dalam kenderaan polis.

Menurut polis, pembantu rumah  itu dikatakan berada di luar kawalan dan turut merosakkan cermin kenderaan.

Selain itu, dia difahamkan mengigit lengan salah seorang anggota polis, malah meludah ke arah beberapa anggota polis yang membawanya ke balai sebelum ditahan untuk dimasukkan ke dalam ambulans dan dihantar ke Hospital Sibu.

Anggota polis juga menutup mukanya dengan surat khabar bagi menghalang pembantu rumah itu terus meludah ke arah mereka.

Majikan itu memberitahu, pembantu rumahnya berkelakuan aneh sejak seminggu lalu.