Blogger Widgets

Berita Utama

Kes Tembak Di Lahad Datu

kes tembak di lahad datu, lahad datu

kes tembak di lahad datu, lahad datu

Berita terkini kes tembak menembak tentera di Lahad Datu (LD) pada 28 Mei 2014. Insiden berlaku pada 4.45 pagi dimana seorang anggota tentera maut manakala tiga parah selepas seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melepaskan beberapa das tembakan di bandar Lahad Datu. Tiga yang parah adalah seorang anggota komando ATM dan dua orang awam.

Punca kejadian akibat dari tiga anggota tentera bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua individu berkenaan. Bagaimanapun, seorang daripada anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan senjata jenis M-16. Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Lahad Datu. Anggota tentera yang menembak rakan sendiri kini sedang diburu pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment