Blogger Widgets

Berita Utama

Kisah Benar Wanita Dirogol Negro Ketika Buang Air Kecil Di Stesyen Minyak Seorang Diri

dirogol ketika buang air kecil di stesen minyak

Kepada para wanita beringatlah sebelum terkena info ini dikongsikan oleh group what up admin.Jadi jangan anda hanya membaca sebaliknya tolong sharekan info ini kepada rakan-rakan yang lain

attention! Perhatian untuk wanita2 (especially) yang selalu berhenti dan pergi ke toilet di mana2 petrol station. Kejadian ini betul-betul terjadi pada seorang kenalan rapat kakak ipar kawan saya sendiri.Seorang perempuan & her boyfriend (also a future husband since they're about to get married soon) berhenti di satu petrol station sebab this girl nk pergi toilet.

Kalau kita perasan kat petrol station contothnya Petronas, ada toilet yg kt dlm kedai Mesra tu sendiri, ada yg luar sikit sebelah dgn kedai Mesra dan ada jugak toilet yang bahagian belakanggg, jauh sikit dr kedai Mesra tu. Yup, she went to that toilet, yg kat belakang tu, ALONE AT NIGHT, while the boyfriend was waiting in the car.

Selepas 30 minit menunggu, this girl tak muncul, dia terus pergi ke toilet belakang tu untuk cari. Dia jumpa girlfriend dia pengsan dan dalam keadaan yang agak aib (suspected dirogol). Sadly, it is true. Somebody grabbed her when she was entering the toilet, tutup mulut dia, kunci toilet and violently, she was being raped. Couldn't really tell who, but through what she could see, the person is black (and she suspected a negro).

Kesian sangat2 kat mangsa ni sebab dia akan berkahwin tak lama lagi dan dia berada dalam keadaan yang sangat trauma dan tertekan sekarang. Of course, who wouldn't right! Nauzubillah kalau itu terjadi kt kita/keluarga kita.

So, tolonglahh jgn pergi toilet sorang2 especially yg jauh kt hujung dunia nun regardless mlm or siang. Please be extra careful, get somebody (kawan, adik, tunang, suami, anak, anyone) untuk teman walaupun rasa tak macho sebab kena tunggu depan toilet, but safety firstt!! It could happen to anyone, bertudung ke free hair ke, anyone could be vulnerable (this girl is wearing hijab, so lets not assume that rape is inclined to happen to those wearing revealing clothes ONLY). Just be extra cautious, peeps - Sumber

Aksi Pramugari Hot Yang Mengejutkan Dalam Pesawat

aksi pramugari dalam pesawat

aksi pramugari dalam pesawat, cara solat dalam kapal terbang

aksi pramugari dalam pesawat

Ustaz Azhar Idrus Dihentam Ustazah Nur Puteri Dayana

ustaz azhar idrus, uai,

Sememangnya kita tahu ustaz Azhar Idrus memiliki ilmu agama serta pengetahuan yang luas. Beliau juga telah megelilingi pelbagai negara untuk mencari ilmu agama. Namun muncul pula Nur Puteri Dayana yang menggelar Ustaz Azhar Idrus sebagai saudara Azhar Idrus. Bukan itu sahaja beliau juga mempertikaikan ilmu Ustaz Azhar dengan mengatakan Ustaz Azhar tidak betul.

Admin tidak pasti sejauh mana Ustazah Nur Puteri Dayana menuntut ilmu hingga boleh pertikaikan ilmu seseorang ustaz. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan agama pasti pening dengan kenyataan-kenyataan beliau.

Berikut adalah apa yang admin copy dari wall Ustazah Nur Puteri Dayana:


BAB ANJING DALAM RUMAH...
LINK : http://www.youtube.com/watch?v=-NR5q21ktVI

JAWAPAN saudara azhar idrus
Pembetulan terhadap saudara AZHAR IDRUS sebagai pendakwah ISLAM.Soalan ditanya kepada saudara AZHAR IDRUS berkenaan seorang yang membeli rumah dahulunya rumah itu pemiliknya bukan ISLAM dan dia memelihara anjing di dalma rumah,jadi bagaimanakah cara nak samak ?

Jawapan saudara Azhar idrus bab cara samak dengan gunakan air tanah.Yang saya nak highlight di sini adalah bab kena cuci rumah tersebut dengan air tanah jika diduduki oleh anjing.Wallahi saudara Azhar Idrus tidakpun datangkan nas secara jelas bahawa hal itu diperintahkan oleh nabi s.a.w...Iaitu apabila anjing berada dalam rumah ataupun kencing maka kena cucinya dengan air tanah sampai air jadi koko.Sleebihnya boleh lihat di link video di ats...

XPerlu minta video penuh kerana ini sesi soal jawab dan apabila sesi soal jawab video di ats bermula dengan soalan dan akhir dgn jawapan...Xperlu jadikan isu video penuh atau tidak...

Jawapan NPD :
Hujah yang menolak dakwaan ini adalah :

1.Riwayat SAHIH BUKHARI : Anjing masuk dalam masjid

Daripada Ibn Umar:
كانت الكلاب تبول وتقبل وتدبر في المسجد في زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم فلم يكونوا يرشون شيئا من ذلك
Maksudnya: Anjing-anjing kencing dan masuk keluar ke dalam masjid pada zaman Rasulullah SAW, lalu mereka tidak merenjiskan sesuatu pun daripada yang demikian. (no: 172)
Masuk ke dalam masjid nabi s.a.w tidak ada pun sebarang renjisan air dilakukan apabila anjing kencing apatah lagi nak basuh dengan air tanah sampai jadi koko.Dan apatah lagi masuk di dalam rumah.Tempat ibadah pun nabi s.a.w tidak pernah perintahkan melakukan demikian.

2.HR MUSLIM Anjing dalma rumah nabi s.a.w

وعن عائشة رضي الله عنها أنها قالت : ( واعد رسول الله صلى الله عليه وسلم جبريل عليه السلام في ساعة يأتيه فيها فجاءت تلك الساعة ولم يأته وفي يده عصا فألقاها من يده وقال : ما يخلف الله وعده ولا رسله . ثم التفت فإذا جرو كلب تحت سريره ، فقال : يا عائشة متى دخل هذا الكلب ههنا ؟ فقالت : والله ما دريت فأمر به فأخرج فجاء جبريل ، فقال رسول اله صلى الله عليه وسلم : واعدتني فجلست لك فلم تأت . فقال : منعني الكلب الذي كان في بيتك إنا لا ندخل بيتاً فيه كلب ولا صورة ) رواه مسلم
Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar (patung)”.

Hadis ini satu lagi hujah jelas bahawasanya ada anjing di dalam rumah nabi s.a.w iaitu di bawah tempat tidurnya.Namun tidak pula diambil sebarang air tanah selepas itu untuk mencucinya jika sekiranya ada pasti Aisyah akan meriwayatkannya.

3.HR BUKHARI : Anjing buruan

Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin ‘Umar berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Ibnu Abu As Safar dari Asy Sya’bi dari ‘Adi bin Hatim berkata, “Aku bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau lalu menjawab: “Jika kamu melepas anjing buruanmu yang telah diajar lalu ia mendapatkan hasil buruan, maka makanlah hasil buruannya. Jika anjing itu memakan binatang buruan itu, maka kamu jangan memakannya, sebab ia menangkap untuk dirinya sendiri.” Aku lalu bertanya lagi, “Aku melepas anjing buruanku, lalu aku mendapati anjing lain bersama dengan anjingku?” Beliau menjawab: “Jangan kamu makan, karena kamu membaca basmalah untuk anjingmu sahaja dan tidak untuk anjing yang lain.”

Lihat hujah ketiga ini sekiranya ats alasan kena cuci rumah kerana anjing itu najis makanya kenapakah di dalam hadis ini nabi s.a.w membenarkan anjing buruan.Nabi s.a.w menyebutkan boleh memakan hasil tangkapan anjing itu dgn syarat baca bismillah dan anjing itu tidak memakan utk dirinya sebaliknya membawa kepada tuannya...

Persoalannya kalau nk kata air liur anjing itu pula sbg najis makanya sudah pasti anjing membawa hasil buruan itu dengan menggogolnya dgn gigi,pastinya air liur akan melekat pada haiwan buruannya namun kenapa nabi s.a.w masih membenarkan utk memakannya ??? DI sini sudah jelas ianya bukan najis.

4.Hadis Riwayat BUKHARI lelaki bagi minum anjing

Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda, “Ketika seorang laki-laki sedang berjalan, dia merasakan kehausan yang sangat, lalu dia turun ke sumur dan minum. Ketika dia keluar, ternyata ada seekor anjing sedang menjulurkan lidahnya menjilati tanah basah karena kehausan. Dia berkata, ‘Anjing ini kehausan seperti diriku.’ Maka dia mengisi sepatunya dan memegangnya dengan mulutnya, kemudian dia naik dan memberi minum anjing itu. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kita bisa meraih pahala dari binatang?” Beliau menjawab, “Pada setiap hati yang basah terhadap pahala.”
Di sini jelas tidak pula disebutkan supaya kena samak,sertu dan cuci dulu dgn air tanah.

5.Wanita berikan minum anjing

Muslim meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah dari Nabi bersabda, “Seorang wanita pezina melihat seekor anjing yang berputar-putar di atas sumur pada hari yang panas. Anjing itu menjulurkan lidahnya karena kehausan. Lalu wanita itu menimba air dari sumur dengan sepatunya, maka dia diampuni.”
Dalam riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, “Seorang wanita pezina diampuni. Dia melewati seekor anjing di bibir sumur yang sedang menjulurkan lidahnya. Nabi bersabda, ‘Ia hampir mati karena haus. Lalu wanita itu melepas sepatunya dan mengikat dengan kerudungnya dan menimba air dengannya untuk anjing itu. Dia diampuni karenanya.”

6.Jangan pula kata apabila bahas bab ini maka bolehlah bela anjing dlm rumah.

Yang sy nk bahas adalah bab xperlu cucikan bekas anjing yg ada dalam rumah...Sekiranya masuk rumah bekas peninggalan non muslim...Adapun memelihara anjing dalam rumah ini jelas sma sekali dilarang oleh nabi s.a.w..

Dari Salim bin ‘Abdullah dari ayahnya –‘Abdullah-, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَيُّمَا أَهْلِ دَارٍ اتَّخَذُوا كَلْبًا إِلاَّ كَلْبَ مَاشِيَةٍ أَوْ كَلْبَ صَائِدٍ نَقَصَ مِنْ عَمَلِهِمْ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطَانِ
“Rumah mana saja yang memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak atau anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak dua qiroth (satu qiroth adalah sebesar gunung uhud).” (HR. Muslim: 23 Kitab Al Masaqoh).

KESIMPULAN :

Wallahi sy tidak ada sebarang niat utk mengaibkan saudara azhar idrus...Namun sy ingin menyampaikan bahawa kesilapan ini tidak diambil oleh org lain.Tidak perlu menyuruh sy utk berjumpa dengannya kerana pada saya hanyalah nk org ramai tidak mengikuti kesilapan ini...Sy fokus utk org ramai menilai kesalahan ini dgn nas dan dalil yg sahih bahawa tiada sebarang perintah dari nabi s.a.w utk menyusahkan umatnya yang baru beli atau pindah rumah non muslim yg ada anjing dan tidak perlu menyucikannya.

Video ini ditonton ramai jadi dan umum jadi sy lakukan tugas ini secara umum utk betulkannya memndangkan video di youtube ini terdedah secara umum...

Saya perhatikan kebanyakan kuliah2 saudara azhar idrus tidak memberikan dalil ke ats setiap jawapannya apabila ditanya...Saya berharap selepas ini dia menjawab dengan dalil2 yg sahih bukanlah sekadar menjawab...JIka tidak tahu sebaiknya menyatakan Wallahualam...Itulah yang terbaik...

Bagi kepada sesiapa yang ingin berkenalan dengan ustazah Puteri Dayana boleh add beliau disini-->  https://www.facebook.com/nurputeri.dayana?fref=ts


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ustazah Mashitah Dimalukan Dengan Gambar Hot Sebegini

ustazah masitah, gambar hot

gambar ustazah mashitah diedit

Memang agak payah sebenarnya jikalau sesebuah media penerbitan itu sudah tersilap cetak.Contohnya dalam gambar di bawah ini di mana pihak grafik mungkin secara tidak sengaja telah melakukan kesilapan dalam mengedit gambar Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Nampak benar kejanggalan dalam gambar ini kan.Ini membuktikan bahawa pihak editor tidak melakukan penitian dalam kerja-kerja terakhir sebelum dicetak

Diharapkan pihak yang terlibat akan lebih berhati-hati selepas ini supaya kesilapan mereka ini tidak lagi menjadi viral seperti gambar tersebut.

Ais Kepal RM80000

ais kepal, abc, ais batu cendol

Seorang pemaju perumahan sanggup membeli semangkuk ais kepal pada harga RM80000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) bersempena dengan Karnival Amal Hari Penyayang 2014 di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Ahli perniagaan berkenaan merangkap Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng menyifatkan pembelian dilakukan itu sebagai tanda sokongan terhadap penubuhan YSB khusus untuk membantu golongan kurang upaya di negeri ini.

Ais kepal dibelinya itu dari gerai jualan amal di karnival tersebut merupakan yang paling mahal pernah dibeli sejak lima tahun yang lepas.

“Saya pernah membeli ais kepal dengan harga RM10,000 pada tahun 2010. Saya kemudian membeli ais kepal pada harga RM50,000 selama tiga tahun berturut-turut antara tahun 2011 hingga 2013.

“Namun saya mengambil keputusan untuk membeli ais kepal itu pada harga RM80,000 tahun ini. Bagi saya nilai semangkuk ais kepal ini bukan ukuran kerana wang ini akan disalurkan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Perdana Menteri Pulang Ke Tanah Air Selepas Lawatan Rasmi Ke China

datuk seri najib, china, lawatan rasmi ke china, perdana menteri

BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang ke tanah air selepas menamatkan lawatan rasmi enam hari ke China.
Diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuan Nooryana Najwa, pesawat yang membawa mereka meninggalkan Beijing International Airport menuju ke Kuching, Sarawak.

Najib tiba di sini dari Xi'an pada Rabu lalu untuk memulakan bahagian kedua lawatan rasmi beliau ke China.

Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Lawatan itu mengimbas kembali kenangan Allahyarham bapa beliau dan Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein yang berkunjung ke ibu negara China untuk mewujudkan hubungan diplomatik Malaysia-China pada 31 Mei 1974.

Semasa lawatan itu, Najib yang diiringi beberapa menteri dan pemimpin korporat terkemuka, bertemu rakan sejawatannya Li Keqiang dan Presiden China Xi Jinping.

Beliau turut menyaksikan majlis pemeteraian enam perjanjian persefahaman di peringkat kerajaan dengan kerajaan, dan 11 lagi perjanjian antara sektor perniagaan dari kedua-dua negara.

China adalah rakan datang terbesar Malaysia sejak 2009 manakala Malaysia terus menjadi rakan dagang utama China dalam Asean sejak 2008.

Tahun lalu, dagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah US$106 bilion (RM339 bilion), dan Malaysia serta China bersetuju untuk melonjakkan dagangan dua hala kepada US$160 bilion (RM511 bilion) menjelang 2017.

Anak Legenda Bola Sepak Pele Dijatuhi Hukuman Penjara 33 Tahun

anak pemain bola sepak pele,edinho, hukuman penjara

ANAK kepada legenda bola sepak Brazil, Pele, dijatuhi hukuman 33 tahun penjara kerana pengubahan wang haram yang diperolehi daripada aktiviti pengedaran dadah.

Edinho adalah pemain bola sepak bersara yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab lama Pele, Santos, dalam tahun 1990-an.

Dia pertama kali ditangkap pada tahun 2005 dan telah menerima hukuman bagi kesalahan mengedar dadah dan mempunyai hubungan dengan seorang pengedar dadah terkenal di bandar Santos.

Katanya, dia adalah seorang penagih dadah tetapi menafikan tuduhan pemerdagangan manusia.

Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh seorang hakim di bandar berhampiran pantai, Praia Grande, di negeri Sao Paulo.

Media Brazil tidak dapat menghubungi Edinho, yang nama sebenarnya adalah Edson Cholbi do Nascimento.

Tetapi mereka berkata dia dijangka akan membuat rayuan.

Edinho, 43, bekerja sebagai jurulatih penjaga gol di Santos.

Bapanya, Pele, atau Edson Arantes do Nascimento bermain secara profesional di Brazil untuk Santos.

Bermain untuk Brazil, beliau memenangi Piala Dunia pada tahun 1958, 1962 dan 1970 dan telah diiktiraf sebagai pemain bola sepak paling hebat dalam generasinya.

Beliau bersara pada tahun 1974, tetapi membuat kemunculan semula setahun kemudian untuk New York Cosmos.

Edinho adalah anak ketiga Pele dari perkahwinan pertamanya. Dia berusia lima tahun apabila keluarganya berpindah ke New York untuk bermain untuk Cosmos.

Apabila dia kembali ke Brazil dia membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya dalam bola sepak secara profesional, iaitu sebagai seorang penjaga gol, satu keputusan yang amat mengejutkan bapanya.

Dia adalah penjaga gol Santos pada tahun 1995 apabila pasukan itu mara ke final liga Brazil.

Pele, kini 74, telah melawat anaknya beberapa kali di penjara.

BN Rampas Kembali Kerusi Parlimen Teluk Intan

bn, barisan nasional, bn rampas kerusi parlimen teluk intan

TELUK INTAN – Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.076 pada Sabtu dengan majoriti tipis sebanyak 238 undi.

Calonnya, Datuk Mah Siew Keong, 53, memperoleh 20,157 undi, menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendapat 19,919 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib dekat sini pada pukul 9.38 malam.

Kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng dari DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Mah yang merupakan Presiden Gerakan, parti komponen BN dan pernah menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal menerusi pilihan raya 1999 dan 2008.

Mah juga kembali bertanding di kerusi sama pada 2008 dan 2013, namun tewas kepada calon DAP, masing-masing M.Manogaran dan mendiang Seah.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Bedamar pada 1995 dan memegang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani, dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sebanyak 35 pusat pengundi menerusi 120 saluran di Teluk Intan dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang bagi proses pengundian biasa.

Seramai 39,850 pengundi atau 66.5% keluar mengundi pada (PRK) Teluk Intan, Sabtu selepas proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

Sementara itu, seramai 392 daripada 410 pengundi awal atau 95.61% telah mengundi pada 27 Mei lalu.

Kawasan Parlimen Teluk Intan mempunyai 41.94% pengundi Cina, 38.61% (Melayu), India (19%), Orang Asli (0.18%) dan lain-lain (0.27%).

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu, Seah mengalahkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Suami Rafidah Aziz Meninggal Dunia

suami rafidah aziz, tan sri mohamed basir ahmad

PETALING JAYA: Suami kepada Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad, meninggal dunia pada pukul 3.51 pagi Ahad di Hospital Besar Singapura.

Jenazahnya akan dibawa pulang dari Singapura dan akan dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk disembahyangkan, sebelum dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Gempa Bumi Sederhana Bermagnitud 5.2 Gegar Mindanao

gempa bumi, earth quake, gempa bumi sederhana bermagnitud

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 3.54 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa ialah 74 kilometer ke timur laut bandar raya Gingoog dan 1,022 kilometer ke timur laut Kinabatangan, Sabah.

Gempa bumi itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.

KPDNKK Tetapkan Kuota Ron95

kpdnkk, minyak naik, ron95

TUMPAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan kuota jualan petrol RON95 bersubsidi sebanyak 600,000 liter sebulan kepada stesen-stesen minyak di sempadan negeri ini, berkuat kuasa semalam.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, langkah mengehadkan jualan bahan api bersubsidi itu adalah usaha menangani ketirisan minyak yang begitu ketara diseludup ke negara jiran di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Katanya,  ia melibatkan 39 stesen minyak dalam lingkungan 1 hingga 25 kilometer dari sempadan di negeri ini membabitkan stesen minyak dalam kawasan Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Jeli.

“Sekiranya stesen minyak itu perlukan kuota lebih, pengusaha boleh memohon kepada Pengarah KPDNKK negeri ini.

“Tetapi stesen minyak itu akan dipantau setiap masa agar tidak berlaku penyeludupan minyak bersubsidi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Program Siswa@ Kampung Universiti Putra Malaysia Dengan Kerjasama KPDNKK dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Kebakat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebakat, semalam.

Alias berkata, penetapan kuota itu perlu kerana didapati penjualan petrol dan diesel di stesen minyak di sempadan negeri ini mencecah sehingga 1.9 juta liter sebulan untuk satu stesen minyak sahaja.

“Ia agak mustahil macam mana ia boleh dijual kepada pelanggan dengan jumlah begitu banyak di stesen minyak di Rantau Panjang ini.

“Situasi ini menyebabkan kerajaan mengalami kerugian RM30 juta oleh ketirisan tersebut dan kita memandang serius perkara ini,” katanya.

Menurutnya, Kelantan menjadi perintis kepada sistem ini kerana Kelantan dilihat serius berlaku penyeludupan minyak bersubsidi ini.

“Selepas sebulan ia akan dilaksanakan di negeri-negeri lain, sistem ini diguna pakai sehingga kerajaan  akan umumkan satu sistem yang baru September ini,” katanya.

Alias menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha stesen minyak yang bersubahat dengan penyeludup yang menyeludup petrol dan diesel ke negara jiran.

Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui

suspek penggal kepala kanak-kanak,

KUALA LUMPUR: Mayat suspek kes bunuh kejam kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang ditemui tanpa kepala di tebing Sungai Klang berhampiran Jalan Tun Sambanthan Khamis lalu kini dijumpai selepas dua hari pencarian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan mayat suspek ditemui kira-kira pukul 4 petang Sabtu di Sungai Klang berhampiran plaza tol SUnway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Punca Sebenar Budak 2 Tahun Dipenggal Kepala Sampai Putus

budak 2 tahum dipenggal kepala,

budak 2 tahum dipenggal kepala, rakaman cctv

budak 2 tahum dipenggal kepala, siti soffea emelda,


Satu sumber berkata sebelum dibunuh, mangsa Siti Soffea Emelda, 2 tahun 6 bulan dilarikan daripada jagaan ibunya yang bertemu rakan-rakan di Kompleks Kota Raya.

Namun kanak-kanak itu itu hilang dipercayai dilarikan sebelum ditemui mati di tebing sungai Klang

Sumber memberitahu, polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan mangsa ada kaitan dengan dendam kenalan ibu mangsa. Ibu mangsa merupakan seorang gelandangan dan juga dipercayai penagih dadah.
Maklumat ada mendakwa, ibu mangsa yang hidup merempat di ibu negara kerap menimbulkan rasa sakit hati dalam kalangan kenalan kerana kerap menipu dan tidak menepati janji dalam banyak perkara.

Dalam artikel pendedahan Kosmo! lagi, bapa kanak-kanak malang itu juga sedang menjalani hukuman  di penjara.

FAKTA KES:

Pada 29.5.14 jam lebih kurang 2100 hrs, telah terima maklumat brkenaan telah terjumpa satu mayat di kawasan tepi sungai Klang dipercayai seorang kanak-kanak.

2. Siasatan Awal

Pihak polis telah menjalankan siasatan awal dan mendapati satu mayat dipercayai perempuan dijumpai tertiarap dan kepalanya putus dan berada berdekatan kakinya.

Pemeriksaan pihak Forensik mendapati mayat tersebut adalah kanak-kanak perempuan dan semasa dijumpai masih memakai seluar panjang putih dgn pampers dan tidak berbaju. Terdapat kesan potong di leher dan belakang tengkorak pecah. Tiada luka luaran yang lain.

Dijumpai di tempat kejadian adalah:

• Sandal hitam (dipercayai milik saspek)
• Sepasang sandal kanak-kanak berwarna hitam dan hijau
• Baju kanak-kanak tidak berlengan berwarna putih
• Tali pengikat rambut
• Serpihan ceramic (dipercayai digunakan untuk memotong leher mangsa)

3. Maklumat seterusnya telah membawa seorang perempuan melayu dipercayai ibu mangsa dikenali sebagai SALMY.

Menurut SALMY, dia lepak bersama kawan-kawannya di tingkat 4 Kota Raya lebih kurang jam 3-4 petang. SALMY kemudiannya telah pergi ke tandas dan meminta kawan-kawannya jagakan anaknya sebentar.

Apabila keluar 5 minit kemudian dia mendapati anaknya tiada. Mreka telah mencari tetapi tidak jumpa, sehinggalah pnemuan mayat kanak-kanak ini

Soalsiasat ke atas SALMY telah dijalankan dan dia telah berikan deskripsi anaknya. (didapati bersamaan dengan mangsa).

Menurut SALMY, anaknya bernama SITI SOFFEA EMELDA berumur 2 tahun 6 bulan.


Keterangan Saksi

Saksi dua orang Sabahan mngatakan mereka ternampak seorang lelaki warganegara asing mendukung mangsa berjalan meredah rumput di tebing sungai l, mangsa tidak berbaju dan masih hidup.

Kemudian, saksi nampak saspek telah mencekik mangsa menekan ke tanah dan kmudiannya mengambil objek seperti ceramic dan memukul ke arah kepala mangsa. Saksi telah panggil Polis Bantuan Public Bank berdekatan dan apabila menyedari kedatangan Polis Bantuan, saspek telah terjun ke sungai Klang dan dibawa arus.



Suspek

budak 2 tahum dipenggal kepala, suspek bunuh kepala budak 2 tahun

Sumber turut memberitahu Polis sudah mengenalpasti suspek yang juga bekas banduan baru dibebaskan dari penjara Kajang pada 26 Mei lalu atas kesalah dadah.

"Suspek berusia 27 tahun berasal dari Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu sudah beberapa kali dipenjarakan atas pelbagai kesalahan sejak tahun 2000 antaranya curi kereta dan dadah"

Kesihatan Presiden PAS Semakin Baik

presiden pas, presiden, pas, bn, umno

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semakin baik dan sudah boleh duduk di atas kerusi dan bercakap.

“Alhamdulillah TGHH sudah semakin baik keadaan kesihatan beliau. Beliau sudah boleh duduk di atas kerusi dan bercakap. Walaupun begitu beliau masih perlu berehat untuk menpercepatkan proses sembuh,” tulis Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi facebook Tuan Guru Abdul Hadi yang dikemas kini jam 6.00 petang waktu Istanbul atau 11 malam tadi.

Dalam masa yang sama, katanya pihak doktor pakar juga menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat dalam tempoh dua hari ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan baru.

“Pihak kami memohon berbanyak maaf sekiranya permintaan ini menyusahkan rakan taulan, sahabat seperjuangan yang berhajat atau yang sudah berada di Istanbul untuk menziarahi beliau,” ujarnya lagi.

Presiden PAS dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul kelmarin akibat masalah kesihatan.

Gambar Bogel Guru Wanita Tersebar Selepas Iphone Dicuri

gambar bogel, gambar bogel guru wanita, gambar bogel guru wanita tersebar

Ayam terlepas, tangan bau tahi. Itulah yang berlaku kepada seorang guru wanita. Dia bukan sahaja kehilangan sebuah iPhone malah gambar bogelnya yang terdapat di dalam telefon pintar tersebut turut tersebar di laman sosial, Facebook. Guru wanita yang mengajar di Sekolah Mubaligh di wilayah Cincinnati, Amerika Syarikat itu mengaku bahawa wanita di dalam gambar bogel yang tersebar tersebut merupakan dirinya.

Gambar itu tersebar selepas iPhone miliknya dicuri. Dia sebelum ini telah membuat laporan polis pada 24 November tahun lalu berhubung kehilangan telefon pintarnya itu. Walaubagaimana pun, dia bukan sahaja ditimpa kerugian malah terpaksa menanggung malu apabila gambar bogelnya mula tersebar sehari selepas kehilangan iPhonenya itu.

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Jatuh Tingkat 3 Mid Valley

tingkat 3 mid valley, mid valley, kanak-kanak mati

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley, jam 2.20 petang tadi.

Tragedi berlaku apabila Nurul Emielda Nadia Sallehuddin dipercayai tergelincir berhampiran tangga eskalator menuju parkir.

Nurul Emielda yang jatuh ke tingkat bawah pusat beli belah mengalami kecederaan parah di belakang kepala dan segera dibawa ke hospital menggunakan ambulan namun disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kanak-kanak tahun satu ini datang ke Mid Valley bersama ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian ini.

Gambar tempat kejadian yang diambil oleh pengunjung kini beredar di media sosial.

Kepada para ibu bapa, awasilah anak-anak anda untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Bumbung Dewan Badminton Pula Bocor

dewan badminton perlis, dewan badminton bocor

Selepas dihantui dengan kelewatan pembinaan Pusat Akuatik, tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17, Perlis terus dirundung malang apabila bumbung Dewan Badminton yang baru sahaja siap dibina di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra pula bocor petang semalam.

Kebocoran kecil itu dikesan di tiga tempat di sudut dewan tersebut berhampiran tempat duduk teres penonton namun ia tidak menjejaskan pertandingan yang sedang berjalan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Azizan Ab Rahman dalam kenyataan hari ini berkata kejadian bumbung bocor itu dikesan pukul 4 petang semalam.

“JKR mengambil tindakan serta merta dengan mengarahkan kontraktor untuk membaiki kebocoran tersebut dengan segera. Kebocoran ini selesai dibaiki pukul 6 petang pada hari sama,” katanya.

Menurut Azizan kebocoran itu dikategorikan sebagai kecacatan kecil berpunca dari air hujan yang memasuki ruang tepi bumbung yang terbuka akibat pemasangan kurang kemas oleh kontraktor.

JKR membuat pemeriksaan selepas kebocoran dibaiki dan berpuas hati sambil berharap kejadian itu tidak berulang.

Azizan berkata menurut kontrak, kontraktor bertanggungjawab membaiki sebarang kecacatan dan kerosakan bangunan dalam tempoh dua tahun setelah bangunan disiapkan.

Sebelum ini, kontraktor bukan sahaja gagal menyiapkan Pusat Akuatik, yang terletak di kompleks sama, mengikut jadual tetapi bumbung kanvas terkoyak di kolam renang pada hari pertandingan.

Gambar Senyuman Terakhir Sultan Azlan Muhibbudin Shah

sultan azlan muhibbudin shah

Inilah gambar senyuman terakhir kenang kenangan dari Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Gambar ini diambil di hari hari terakhir sebelum kemangkatan Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, cucu dan cicit datang berduyun menziarahi Baginda tuanku.

Seorang Sultan contoh yang terbaik dari segi penampilan, kecerdikan, kepintaran, pendidikan, perundangan dan hebat di bidang sukan terutamanya Hoki.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah 86, mangkat pada pukul 1.30 tengahari semalam [28/05/2014). Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984.

Mangsa Rogol Ada Beli Ubat Tahan Sakit 2 Kali

mangsa rogol beli ubat tahan sakit 2 kali, ubat tahan sakit

Kota Bharu – “Saya tidak pasti dia (mangsa rogol) atau tidak, tetapi beberapa hari lalu dia ada datang ke sini bersama seorang pemuda kampung ini untuk membeli ubat penahan sakit,” kata seorang peniaga kedai runcit di Kampung Hutan Pasir, Keterah, di sini ketika ditanya mengenai kejadian dua remaja disyaki dirogol 38 lelaki di kampung berkenaan.

Peniaga berusia 40-an yang enggan dikenali itu mendakwa didatangi remaja berkenaan sebanyak dua kali semata-mata mahu membeli ubat penahan sakit sekali gus mengundang curiga.

Katanya, dia mengesyaki gadis berkulit putih itu salah seorang mangsa kejadian selepas melihat pemuda yang menemaninya dikejar pihak polis kelmarin.

“Memang kedai saya ada menjual ubat tahan sakit untuk keperluan penduduk kampung, tapi beberapa hari lalu remaja itu datang menaiki motosikal dengan pemuda berkenaan untuk beli dapatkan ubat terbabit dengan jumlah keseluruhan tidak lebih lima biji. “Mereka datang sebelah pagi, kemudian datang lagi pada sebelah petang. Walaupun pelik kerana datang berulang, tapi saya tidak mengesyaki apa-apa dan tidak juga bertanya lanjut.

“Malah, gadis itu juga jarang dilihat di sini dan percaya dia bukan penduduk kampung kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk kampung mendakwa terdengar bunyi orang berkejaran sekitar jam 6.30 pagi semalam.

Katanya, dia cuba mengintai daripada dalam rumah dan melihat beberapa lelaki ditahan sepasukan anggota polis yang melakukan serbuan di rumah kosong yang disyaki lokasi kejadian rogol.

“Rumah itu sudah ditinggalkan kosong sejak 10 tahun dan kami penduduk kampung tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.

Video: Ibu Sebat Suspek Perogol Anaknya Berhadapan Tindakan

ibu sebat suspek perogol anaknya, disebat kerana merogol

KOTA BAHRU – Ibu kepada kanak-kanak berusia 13 tahun yang mendakwa mendakwa anaknya dirogol boleh didakwa selepas rakaman video menunjukkan wanita itu melakukan sebatan terhadap seorang lelaki yang dipercayai telah merogol anak perempuannya.

Suspek yang berusia 30-an tahun telah disebat dengan alat yang kelihatan seperti ranting pokok atau rotan.

Rakaman video 37 saat itu menunjukkan tangan dan kaki suspek diikat, dan punggungnya terdedah di hadapan orang ramai di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan pada hari Khamis, kira-kira pukul 5 petang.

Dia adalah seorang daripada dua lelaki yang dipercayai terlibat merogol gadis terbabit.

Kes itu bagaimanapun tidak berkaitan dengan kes rogol kanak-kanak yang didakwa dilakukan oleh lebih 30 lelaki di Ketereh, Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Komisioner Lai Yong Heng berkata polis memiliki rakaman video tersebut dan berada dalam proses mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian itu.

“Lelaki dalam klip video itu dimasukkan ke hospital kerana terdapat darah beku di kepalanya. Tetapi dia telah dibenarkan keluar dari hospital.

“Polis akan menangkap mereka yang terlibat dalam kes ini dan mereka mungkin didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah,” kata ACP Lai ketika dihubungi, Jumaat.

Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meletakkan undang-undang di tangan mereka walaupun percaya bahawa mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian.

“Orang ramai perlu menyerahkan perkara-perkara tersebut kepada pihak polis.

“Wanita itu dan mereka yang terlibat dalam kes ini akan didakwa di mahkamah untuk disoal siasat.

“Saya menggesa kepada mereka yang terlibat dalam video itu untuk menyerah diri sebelum mereka ditangkap oleh polis,” katanya.


Tengok video dibawah


Kes Tembak Di Lahad Datu

kes tembak di lahad datu, lahad datu

kes tembak di lahad datu, lahad datu

Berita terkini kes tembak menembak tentera di Lahad Datu (LD) pada 28 Mei 2014. Insiden berlaku pada 4.45 pagi dimana seorang anggota tentera maut manakala tiga parah selepas seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melepaskan beberapa das tembakan di bandar Lahad Datu. Tiga yang parah adalah seorang anggota komando ATM dan dua orang awam.

Punca kejadian akibat dari tiga anggota tentera bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua individu berkenaan. Bagaimanapun, seorang daripada anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan senjata jenis M-16. Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Lahad Datu. Anggota tentera yang menembak rakan sendiri kini sedang diburu pihak berkuasa.

10 Individu Ditahan Bantu Siasatan Kes Dua Pelajar Dirogol 38 Lelaki

dirogol 38 lelaki, pelajar dirogol 38 lelaki,

KOTA BHARU: Seramai 10 individu, termasuk seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol 38 individu di Ketereh, 20 Mei lalu.

Suspek yang ditahan itu termasuk salah seorang remaja yang turut menjadi mangsa rogol berusia 15 tahun. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata empat suspek ditahan semalam sebelum enam lelaki ditahan awal pagi ini di sekitar Ketereh.

2 Remaja Wanita Dakwa Dirogol 38 Lelaki


Kejadian dilaporkan berlaku pada 20 Mei lalu di sebuah rumah di Ketereh, Kelantan, pukul 7.30 malam.

Di bawah adalah ringkasan laporan polis mengenai kejadian berkenaan:

Ringkasan Kes

Pada 20/5/2014 jam l/kurang 1930hrs, semasa berada di Kuala Krai, pengadu telah dihubungi oleh rakan sekolahnya nama Mira yang meminta tolong pengadu ambilnya di Ketereh kerana telah seharian tidak pulang ke rumah.

Pengadu hubungi rakan nama Iwan yang tinggal di Ketereh kerana pengadu tiada kenderaan. Iwan telah jemput pengadu dari Kuala Krai dan mereka berdua jumpa rakan Mira nama Alif di Ketereh.

Alif telah bawa pengadu dan Iwan ke sebuah rumah kayu kosong dikelilingi semak samun di sebuah kampung di Ketereh di mana ada Mira dalam rumah tersebut.

Belum sempat mereka berempat hendak meninggalkan rumah itu, datang 1LM usia lingkungan 40an telah tahan Iwan dan paksa mereka duduk dalam rumah itu. Kemudian datang rakan-rakan lelaki itu seramai lebih kurang 40 orang dan mereka telah secara paksa bawa Mira dan pengadu masuk ke dalam sebuah bilik tidur.

Mira dan pengadu telah ditampar dan dirogol oleh beberapa orang lelaki sehingga pengsan.

Kemudian pengadu tersedar selepas dikejutkan oleh lelaki usia 40an tadi dan menyuruh mereka berpakaian. Pengadu berasa sangat sakit di bahagian kemaluan dan dibawa menaiki m/sikal Iwan.

Iwan memberitahu pengadu bahawa dia telah dipaksa melihat pengadu dirogol oleh lebih kurang 38 orang lelaki.

Mira naik m/sikal bersama Alif dan pergi ke arah berasingan. Pengadu hendak pulang ke rumah tetapi Iwan tidak mahu hantar kerana bimbang dimarahi keluarga pengadu.
Iwan telah hantar pengadu ke rumah rakan baiknya nama Pok Wa.

Di sana, pengadu telah dijaga oleh emak Pok Wa dan pada suatu hari, pengadu terserempak dengan 1LM yang pengadu cam sebagai salah seorang perogolnya, iaitu bapa saudara Pok Wa.

Pok Wa telah menyuruh pengadu buat laporan polis tetapi selepas pengadu menghubungi bapanya yang berada di Kuala Krai, bapa pengadu tidak ambil sebarang tindakan. Pengadu hanya tinggal di rumah Pok Wa sehingga 24/05/2014.

Pada 24/05/2014, pengadu telah dihantar pulang ke rumah oleh sepupunya dan mengadu kepada ibu dan bapa bahawa perutnya sakit dan kemaluannya berdarah, tetapi hanya dimarahi kerana keluar rumah tanpa kebenaran.

Ibu dan bapa pengadu hanya beri minum 2 tin air Coca Cola dan makan 2 biji Panadol untuk cuci perut pengadu. Pengadu hanya tidur dan pada pagi 25/5/14, pengadu masih sakit perut dan masih keluar darah di bahagian kemaluan. Bapanya telah bawa pengadu ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan. Kemudian pengadu telah buat laporan polis.

4/ Tindakan/Hasil siasatan
•Rakaman percakapan pengadu dapati pengadu merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Pengadu dan keluarga tinggal di Kuala Krai dan bersekolah di SMK Bandar Kuala Krai, Kn. Ayah pengadu seorang peniaga roti canai manakala ibunya surirumah sepenuh masa.

•Pengadu selesai jalani pemeriksaan dan laporan awal doktor dapati kesan koyakan lama. Hymen mangsa hanya tinggal sisa sahaja, dan diameter disifatkan boleh masukkan satu jari dengan mudah ke dalam vagina. Terdapat kesan geseran pada posterior fourchette dan kesan lebam pada labia minora genitalia mangsa. Terdapat juga kesan koyakan (anal fissure) pada jam 7 anus mangsa.

•Maklumat saspek telah diperolehi daripada pengadu dan selepas mesyuarat projek bersama Tn KBSJD, saya telah salurkan maklumat kepada anggota CPJ IPD Kota Bharu, L/Kpl 165819. Tangkapan akan dibuat ke atas saspek yang telah dikenalpasti secepat mungkin.

Engku Emran Kongsi Gambar Keluar Dengan Erra

engku emran, erra fazira, erra, akademik fantasia, anak


Baru saja nama Erra Fazira menjadi bualan hangat kerana dikaitkan dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir, terbaru hari ini bekas suami Erra, Engku Emran berkongsi gambarnya keluar bersama-sama Erra, anak mereka, Engku Aleesya dan keluarga rakan baik mereka.

Sebelum ini, memang peminat Erra sudah sedia maklum yang Emran kini sedang dalam misi cuba memujuk semula bekas isterinya supaya kembali kepangkuannya.

Ada peminat menyokong, namun tak kurang juga ada peminat yang tidak berapa menyukai tindakan Emran yang berusaha sedaya upaya memberitahu perkara tersebut di laman sosial Instagram miliknya untuk tatapan para pengikutnya.

Oh rupa-rupanya mereka keluar bersama untuk menemani anak tunggal mereka yang comel itu untuk mengambil ujian pengambilan pelajar tahun satu.

Fasha Sandha Hamil Lagi

fasha sandha, fasha sanda, fasha sandha hamil, fasha sandha bunting

fasha sandha, fasha sanda, fasha sandha hamil, fasha sandha bunting

fasha sandha, fasha sanda, fasha sandha hamil, fasha sandha bunting

Nampaknya harapan suami pelakon Fasha Sandha untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata lelaki menerusi kehamilan kedua isterinya tidak kesampaian apabila Fasha disahkan doktor sedang hamil anak perempuan.

Berkongsi perkara itu di laman Instagramnya, Fasha mendedahkan jantina anak kedua untuk tatapan peminat setianya.

Hasil perkahwinan Fasha dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayfal Ramli, yang kini berusia setahun dua bulan.

Fasha turut mempunyai seorang anak tiri, Putra Rayqal Ramli, 5, hasil perkahwinan terdahulu Jejai dengan aktres Nora Danish.

Dirogol Kenalan Facebook Pada Pertemuan Kedua

dirogol kenalan facebook, dirogol friend facebook, facebook, kenalan facebook, perogol siber
dirogol melalui kenalan facebook
Gara-gara terlalu percayakan lelaki yang dikenalinya selama dua minggu menerusi akaun Facebook, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah dirogol pada pertemuan kedua mereka, semalam.

Kejadian berlaku selepas kedua-dua bertemu untuk makan tengah hari di sebuah bangunan berhampiran Jalan Singapura, Sandakan, memetik laporan The Star.

Lelaki berusia 18 tahun itu dikatakan telah merayu untuk mengadakan hubungan seks dengan remaja itu sejak pertemuan pertama mereka, namun ditolak.

Namun, selepas melihat ‘kegigihan’nya, dia akhirnya mengalah.

Kejadian tersebut bagaimanapun terbongkar selepas ibu remaja itu memaksanya berterus-terang selepas dia pulang lewat dari sekolah pada hari itu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali, satu laporan polis telah dibuat dan mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Perjalanan Isra Dan Mikraj Rasulullah SAW

kisah isra dan mikraj, rasulullah saw

Bulan Rejab selalu dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Para ulama berbeza pendapat menentukan tarikh pasti terjadinya peristiwa tersebut.

Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat yang berlainan.

Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatawanya, beliau mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiulawal.

Israk dan Mikraj diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Sebahagiannya sahih dan ada juga yang lemah.

Derdasarkan hadis-hadis sahih, peristiwa ini berlaku sebelum hijrah ke Madinah.

Malam itu, baginda berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.

Rasulullah SAW menunggangi Buraq menuju Masjidil Aqsa. Setibanya di masjid, baginda mengikatnya di pintu masjid. Seterusnya baginda masuk ke dalam masjid dan melakukan solat tahiyatul masjid dua rakaat.

Tidak lama kemudian, sebuah mikraj (tangga) di turunkan dari langit. Lalu baginda menaikinya dan terangkat ke langit pertama, kedua dan seterusnya hingga ke langit ketujuh. Di tiap-tiap langit, Rasulullah SAW berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu. Antaranya: Adam, Yahya, Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim.

Adapun kisah yang mengatakan bahawa Nabi SAW menginjak batu Sakhrah pada masa itu, maka riwayat ini tidak sahih. Demikian penjelasan Syeikh Zahid al-Kauthari dalam Maqalat al-Kauthari.

Rasulullah terus terangkat hingga ke tempat yang sangat tinggi. Beliau diperlihatkan banyak sekali keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

Antaranya Sidratul Muntaha, sebuah pokok besar yang ditutupi oleh warna-warni yang sangat indah. Daun-daunnya sebesar telinga gajah dan buahnya seperti kendi Hajar.

Rasulullah turut diperlihatkan Baitul Makmur iaitu kiblat hamba Allah di langit sebagaimana Kaabah yang menjadi kiblat manusia di bumi. Setiap hari 70,000 malaikat masuk ke dalamnya dan tidak keluar lagi. Baginda juga diperlihatkan syurga dan neraka.

Kemuncak perjalanan itu, baginda mengadap Allah SWT. Para ulama berbeza pandangan adakah baginda melihat Allah pada saat itu atau tidak. Lalu Allah menurunkan kewajipan solat 50 waktu. Baginda menerimanya dengan patuh.

Apabila turun, baginda kembali berjumpa dengan Nabi Musa AS di langit kelima. Nabi Musa menyarankan agar baginda meminta keringanan bagi umatnya. Beliau khuatir umat Islam tidak akan mampu melaksanakan kewajipan itu.

Baginda setuju dengan saranan itu, lalu kembali kepada Allah untuk tujuan tersebut.

Setelah lima kali turun naik, Allah SWT mewajibkan solat hanya lima waktu sahaja.

Rasulullah SAW turun kembali ke Masjidil Aqsa, lalu menaiki Buraq ke Mekah. Beliau selamat tiba di rumah awal pagi sebelum matahari terbit.

Baitulmaqdis

Mungkin lahir soalan kenapa Baitulmaqdis menjadi destinasi Israk dan bukan tempat lain?

Baitulmaqdis adalah masjid kedua yang didirikan sebagai rumah ibadat menyembah Allah SWT. Yang pertama ialah Masjidil Haram di Mekah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Masjid Al-Aqsa diasaskan oleh Nabi Yaakub, cucu Nabi Ibrahim. Selang masa antara pembinaan kedua-dua masjid ini adalah 40 tahun.

Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama kali dibina?” Baginda menjawab: “Masjidil Haram.” Abu Zar bertanya lagi: “Lalu masjid apa?”

Rasulullah menjawab: “Al-Masjid al-Aqsa.”

“Berapakah selang masa antara (pembinaan) kedua masjid ini?” tanya Abu Zar lagi.

Baginda menjawab: “Empat puluh tahun. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Simbolik

Israk dan Mikraj menyatukan dua masjid pertama di dunia. Kedua-duanya simbolik risalah tauhid yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.

Kedatangan Rasulullah ke Baitulmaqdis menandakan bahawa Islam adalah lanjutan agama Ibrahim, Yakub, Musa, Isa dan seluruh nabi-nabi sebelumnya. Dan Muhammad adalah nabi terakhir yang menutup seluruh kenabian.

Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya: “Baitulmaqdis adalah tempat asal nabi-nabi sejak Nabi Ibrahim.

“Itu sebabnya mereka lalu dikumpulkan di sana. Rasulullah SAW mengimami mereka di tempat mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa beliau adalah imam yang terbesar dan pemimpin yang dikedepankan.”

Juliana Evans Mengenakan “Skirt Belah Paha”

juliana evans, juliana evans seksi
juliana evans
juliana evans, juliana evans seksi
juliana evans pakai skirt belah paha
juliana evans, juliana evans seksi
juliana evans kelihatan seksi
Pelakon yang baru menamatkan pengajiannya di Western Michigan University ‘Juliana Evans’, sangat dikenali dengan wajah cantik jelitanya dan juga bakat lakonannya yang begitu bagus. Dia berdarah kacukan ini sememangnya sering mendapat tawaran untuk menjadi model kerana memiliki rupa paras yang jelita di samping bentuk badan yang menarik.

Walaubagaimana pun, artis ini sering hadir dengan kontroversi berkaitan dengan fesyen yang dikenakan oleh artis ini. Kali ini satu lagi fesyen yang ingin kongsikan kepada pembaca semua daripada Juliana.

Cara Mengesan Darah Babi Pada Penapis Rokok

mengesan darah babi, penapis rokok, pelapis negara, cara mengesan darah babi
rokok
Sebahagian pakar kembali mendedahkan bahawa di dalam penapis rokok ada kandungan darah babi. Salah satunya,  Institut Pertanian Bogor, Dr Anna P Roswiem.

 ”Iya, ada (kandungan darah babi, red) dalam filternya”, ujarnya seperti didalam berita Republika,

Bagaimana cara kita dapat mengesan adanya darah babi di penapis rokok dan apa alasan pengeluar rokok memasukkan darah babi di penapis rokok?

Dalam rokok ada dua penapis.

Penapis pertama, berwarna putih . Penapis ini disambung lagi dengan penapis kedua yang mengandungi darah babi.

Menurut tuntutan syarikat merokok, darah ini digunakan untuk menapis toksin yang ada dengan lebih baik.

Hemoglobin dari darah babi menapis racun-racun tembakau dengan lebih efektif sehingga racun dapat ditapis sebanyak 70persen lebih sedikit.

Biasanya kita boleh mengetahui bahawa merokok itu mengandung hemoglobin babi dengan melihat bungkusan rokoknya.

Ada tanda Diamond Filter di bawah bungkusan. Syarikat rokok menulis keterangan itu diluar kotak rokok dengan tulisan dan gambar.

Penyelidik di Australia telah meneliti kandungan darah babi dalam rokok itu di salah satu lapangan terbang tentera di China.

Jika kita melihat dengan teliti, terlihat titik-titik kuning pada penapis yang biasanya berwarna putih.

Titik kuning ini menandakan adanya hemoglobin, atau darah.

Menurut sumber Republika, di Indonesia belum ada yang menghasilkan rokok dengan kandungan darah walaupun di negara lain rokok jenis itu  sudah lama tersebar.

Walaupun begitu, belum tentu penapis tanpa hemoglobin juga bebas dari titik kritis halal. Penapis sendiri terbuat dari Carboxi Metil Selulosa (CMS) yang sebenarnya selamat kerana berasal dari tumbuhan.

Tapi, untuk membuat penapis, CMS ini ditambah dengan Gliserol dari Gliserin. Bahan pembuat gliserol ini sumbernya bermacam-macam, ada yang dari sintetik kimia yang halal dan ada juga dari lemak atau minyak.

Jika sumbernya dari lemak atau minyak, maka perlu diketahui sumbernya apakah dari haiwan ataukah dari tumbuhan.

Jika pun penapis rokok masih bebas dari darah babi, banyak penyelidikan telah membuktikan soal bahaya rokok pada kesihatan.

Termasuk penyebab kanser, penyakit jantung, penyakit pernafasan, dan emfisema (penyakit paru obstruktif).

Kerana itulah sebahagian ulama mengharamkan rokok, sedangkan ada sebahagian lainnya mengatakan ia makruh

Lagi 3 Hari Nikah Polis Maut Dilanggar Penjenayah

maut dirempuh penjenayah, dirempuh kereta, polis dirempuh
polis maut dirempuh
maut dirempuh penjenayah, dirempuh kereta, polis dirempuh

maut dirempuh penjenayah, dirempuh kereta, polis dirempuh
motor polis yang dirempuh
maut dirempuh penjenayah, dirempuh kereta, polis dirempuh
jaket keselamatan pegawai polis yang dirempuh
Bagan Serai: “Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang hantaran sudah disiapkan.

”Demikian kata Norfaizah Mohd Rejab, 22, tunang kepada Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang semalam.

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya.Semalam adalah hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.

“Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa kurang sihat.“Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir dengan cara begini,” katanya.

Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pengorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran sewajarnya.“Sekarang semuanya ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’ dengan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu ini, bertukar menjadi kenduri arwah,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Azuan dan dua rakan masing-masing menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, dekat situ.Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata motosikal mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda Civic dinaiki rakan penjenayah itu.

Mangsa yang cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya tidak cedera.Katanya, berdasarkan jarak pelanggaran dan kedudukan motosikal ditemui, polis percaya kejadian itu disengajakan dan dirancang.“Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.

“Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan,” katanya.Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan.

Mayat Lelaki Terjun Jambatan Sultan Yahya Petra

mayat lelaki, lelaki terjun jambatan sultan yahya petra
gambar mayat lelaki
mayat lelaki, lelaki terjun jambatan sultan yahya petra
bomba menyelamat mayat lelaki
mayat lelaki, lelaki terjun jambatan sultan yahya petra
bomba mencari mayat lelaki
mayat lelaki, lelaki terjun jambatan sultan yahya petra
mayat lelaki
Seorang lelaki yang terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra berhampiran sebuah pasar raya terkemuka akhirnya ditemui.Mangsa, Yoon Tuck Lee, 28, dilihat saksi memberhentikan kereta jenis Honda di tepi jambatan terbabit sebelum bertindak terjun ke kawasan sungai.

Saksi, Mohd Affandi Muhammad, 39, berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 9.15 malam, dia yang menunggang motosikal untuk menghadiri satu majlis di Tumpat, melihat lelaki terbabit memberhentikan kereta di kawasan itu dengan memberi isyarat lampu kecemasan.

“Melihatkan keadaan itu, saya perlahankan motosikal dan melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan terus terjun dari jambatan terbabit, kemudian hilang dari pandangan.

Motif kejadian masih dalam siasatan pihak Polis.