Blogger Widgets

Berita Utama

Aplikasi Yang Paling Efektif Untuk Jejak Pencuri Telefon Anda

aplikasi yang paling efektif, aplikasi untuk jejak pencuri telefon

Kes-kes telefon pintar hilang kini telah menjadi kes yang biasa kita dengar, sama ada atas kecuaian diri ataupun akibat dicuri orang. Biasanya, jika telefon hilang, ia sememangnya menjadi satu masalah yang besar kepada pemilik telefon. Dan biasanya kes-kes seperti ini sukar untuk diselesaikan.

Terdapat banyak aplikasi-aplikasi di Play Store yang mengatakan boleh menemukan semula telefon yang hilang. Tapi kebanyakan aplikasi ini sukar digunakan. Terbaru penulis terjumpa satu aplikasi yang begitu mudah digunakan, malah lebih efektif dari aplikasi-aplikasi lain.

Aplikasi LockWatch merupakan satu aplikasi android yang mempunyai cara mudah dan berkesan untuk menjejaki pencuri. Kelebihan aplikasi ini adalah, ia akan mengambil gambar selfie si 'pencuri' apabila dia memasukkan kod keselamatan atau 'pattern' yang salah.

aplikasi yang paling efektif, aplikasi untuk jejak pencuri telefon, aplikasi playstore jejak pencuri telefon
Aplikasi ini mendapat 4.5 bintang di PlayStore dan rata-rata komen dari pengguna adalah positif.
Anda cuma perlu menginstall aplikasi ini ke telefon anda dan secara ringkasnya, berikut adalah cara aplikasi ini berfungsi :

Telefon anda hilang atau dicuri
Pencuri itu cuba membuka telefon anda dengan kod atau pattern yang salah
LockWatch akan mengambil gambar 'selfie' pencuri berkenaan secara senyap dan maklumat lokasi dimana telefon anda berada.
LockWatch dengan serta merta menghantar emel kepada anda berserta dengan gambar pencuri terbabit.
Penulis sendiri sudah mencuba aplikasi tersebut, dan ternyata ianya berkesan! Berikut adalah contoh emel penulis terima apabila cuba membuka telefon dengan 'pattern' dan kod yang salah.

aplikasi yang paling efektif, aplikasi untuk jejak pencuri telefon, aplikasi playstore jejak pencuri telefon

Kalau dah ada gambar muka si pencuri, nak apa lagi? Bagi sahaja pada polis, pasti mereka boleh selesaikan..

Aplikasi ini patut menjadi salah satu aplikasi wajib di dalam telefon android anda. Aplikasi ini turut menawarkan notifikasi emel yang sama apabila kad sim ditukar! Tapi ciri itu hanya ada pada versi premium. Tapi apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk keselamatan telefon anda kan?

UPSR Bocor: Pengarah, Tim. Pengarah LPM Digantung Tugas

upsr bocor, kertas upsr bocor, pengarah LPM digantung

LAOS – Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh digantung tugas dalam tempoh siasatan berkuatkuasa serta merta berikutan insiden kebocoran soalan UPSR.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan perkara itu hari ini, berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim, akan menjalankan tugas dan tanggungjawab Pengarah LPM.

“Dalam kes ini Pengarah LPM perlu bertanggungjawab kerana sudah menjejaskan integriti Kementerian Pendidikan.

“Siasatan akan dijalankan dengan telus dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bersalah.

“Walaupun terdapat sistem kawalan yang baik, perbuatan tidak amanah dan khianat ini membuatkan anak-anak kita tertekan dan ibu bapa tidak keruan akibat insiden ini,” katanya.

3 Pemandu Bas Salib Diri Selepas Dipecat

3 pemandu bas salib diri selepas dipecat, salib, tanda salib, pemandu bas salib diri selepas dipecat

Asuncion – Tiga pemandu bas di ibu negara Paraguay ini menyalib diri mereka sebagai sebahagian daripada mogok lapar selepas mereka dibuang kerja.

Elvio Cristaldo dan Eligio Martinez mengambil keputusan menyalib diri mereka di San Lorenzo,pinggir bandar raya Asuncion selepas dipecat kerana membantah waktu bekerja yang lebih singkat.

Rakan mereka, Clemente Lovera, selain menyalib dirinya, juga menjahit mulutnya dan enggan makan selagi dia tidak dibenar kembali bekerja.

Bapa dua anak itu bagaimanapun dipaksa menelan makanan cecair menerusi penyedut sambil dia baring bersama-sama dua bekas rakan setugasnya.

Cristaldo, 39, memberitahu radio tempatan: “Saya tidak akan menyerah walaupun tindakan ini sungguh menyakitkan.” Ketiga-tiga lelaki itu mengadakan tunjuk perasaan di dalam khemah berhampiran agensi Pengangkutan Kebangsaan Paraguay.

ROGOL: Hukuman Ahli Ruffedge Kekal 20 Tahun Penjara, Sebat

ahli kumpulan ruffedge 20 tahun penjara, ruffedge, hukuman rogol

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap bekas anggota kumpulan Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya, dua tahun lalu.

Hakim Nurchaya Arshad mengekalkan keputusan itu sekali gus menolak permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.

Menurutnya, hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah sesyen itu adalah setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Rogol bukan sahaja kesalahan serius malah lebih menyedihkan lagi apabila mangsa menghadapi trauma sepanjang hayatnya.

“Kita tidak mahu anak, adik, kakak mahupun ibu diperlakukan sebegitu,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, sepatutnya perayu yang telah berkahwin dengan ibu mangsa melindungi anak kecil itu walaupun bergelar bapa tiri.

“Seorang bapa perlulah melindungi anaknya,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya pada ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gombak, Selangor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Perayu yang juga guru vokal diwakili peguam, Azmin Talib.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu pada 6 September 2013.

“Semua Orang Tahu Saya Cenderung Sebelah Sana”

mustafa kamal, mustafa kamal dan datuk nik aziz, tok guru, pas

KOTA BHARU – “Semua orang tahu, saya cenderung ke sebelah sana,” komen ringkas pelakon Mustafa Kamal apabila ditanya mengenai kehadirannya pada majlis anjuran parti pembangkang.

Malahan, beliau tigak menganggap tindakannya itu suatu kesalahan kerana baginya masyarakat kini bersikap terbuka dan dapat menerima perbezaan pendapat dari segi politik.

“Perbezaan pendapat (politik) itu bagus. Kita tidak boleh menghukum orang lain semata-mata kerana orang itu berbeza pendapat dengan kita. Dalam Islam sendiri tidak salah jika berbeza pendapat untuk kebaikan,” katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kunjungannya ke Kampung Geting, Pengkalan Kubor, tempat di mana PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, 25 September ini, malam Khamis.

Menjelaskan lebih lanjut, Mustafa, atau nama sebenarnya Mustapha Kamal Mohd Daud, 52, berkata, beliau berada di Kelantan kerana ada urusan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun, anak kelahiran Kota Bharu ini berkata, urusan yang dimaksudkannya itu tidak mempunyai kaitan dengan PRK Pengkalan Kubor.

“Hari ini (Jumaat) sudah hari keempat saya di sini dan saya akan berada di sini beberapa hari lagi.

“Kebetulan malam tadi (Khamis) saya perlu ambil dokumen daripada seseorang yang berada di tempat PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding,” katanya.

Walaupun ia berlaku secara kebetulan, pelakon drama dan filem yang dikenali ramai ini tidak menafikan kehadirannya itu secara tidak langsung telah menonjolkan penglibatan dirinya dalam parti politik pembangkang.

Mengenai peluang PAS dan Barisan Nasional untuk menang di Pengkalan Kubor, katanya, beliau tidak begitu mengenali calon untuk kedua-dua parti.

“Saya bukan penganalisa dan bukan pengundi di kawasan ini.

“Tapi beradasarkan sembang kedai kopi dengan penduduk setempat, mereka kata setakat hari ini peluang 50-50.

“Tengoklah dua-tiga hari sebelum mengundi nanti, mungkin kita boleh nampak peluang dengan lebih jelas,” katanya yang merupakan pengundi di DUN Chempaka.

Sejak kebelakangan ini, Mustafa sering memegang watak bapa, termasuklah dalam drama bersiri popular, Awan Dania.

Dalam era 90-an, beliau pernah membintangi banyak filem termasuklah filem Adik, Mira Edora dan Kami The Movie.

Katanya, walaupun banyak melakukan kerja-kerja di luar bidang seni, beliau masih menerima tawaran berlakon.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Budak Sekolah Kongsi Cerita Toreh Lengan Di FB

perangai budak zaman sekarang toreh tangan sebab pakwe, budak sekolah toreh lengan , toreh lengan,

Macam-macam la budak-budak zaman sekarang. Jika sebelum ini, kami bawakan kes dimana satu pasangan kanak-kanak yang dah terlebih 'advance', kali ini kes toreh tangan pula tersebar.

Kes toreh-menoreh tangan ini telah tersebar di laman sosial dan berasal Facebook budak itu sendiri, dipercayai dimuat naik olehnya sendiri.

Menurut cerita dalam statusnya, dia ni sedih, sebab sedih dia, pergi toreh tangan dia di dalam tandas guna gunting.

Kalau nak sakitkan diri sendiri, buatlah sendiri..tak perlu kecoh-kecoh di FB. Bagi penulis senang saja, budak ni cuma mahukan perhatian, atau dalam bahasa omputihnya 'Attention Whore'.

Nokia Tawar Lumia 530 Dengan Hanya RM57 Sempena Hari Malaysia

nokia lumia, nokia dijual harga murah hari malaysia, hari malaysia 57, merdeka sale

Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba, Microsoft Malaysia telah mengumumkan satu promosi bagi telefon pintar Nokia Lumia 530 pada harga serendah RM 57!.

Harga pasaran telefon pintar yang beroperasi menggunakan Windows 8.1 itu adalah RM 355.

Tetapi ada syarat untuk mendapatkan telefon ini pada harga promosi. Syaratnya adalah, pelanggan harus membeli salah satu dari peranti Lumia yang terpilih.

Peranti terpilih yang perlu dibeli oleh pelanggan adalah, Lumia 1520, Lumia 930, Lumia 630, dan yang paling mengejutkan, Lumia 530 itu sendiri


Promosi ini hanya boleh didapati di kedai-kedai Nokia terpilih di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Nokia Malaysia Facebook