Blogger Widgets

Berita Utama

'Kiki Stering Lock' Akan Dituduh Di Mahkamah Pada Isnin

kiki stering lock,

TEMERLOH: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di sini Isnin lepas akan dituduh di mahkamah Isnin ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan telah pun daripadanya pada Khamis.

"Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).

Wanita terbabit dilihat telah membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube.

Tweet Dari Pengawal Udara Keiv - MH17 Ditembak Jatuh Oleh Jet Pejuang

jet pejuang yang tembak mh17, pengawal udara keiv, mh17 ditembak jatuh

Satu laporan kini berlegar di Internet mengenai siapa sebenarnya yang menembak pesawat MH17. Maklumat itu adalah dari seorang pegawal trafik udara di Kiev yang bernama Carlos.

Mengikut laporan tersebut, Carlos didakwa memuatnaik tweet perihal MH17 ketika kejadian berlaku menggunakan akaun bernama @spainbuca (akaun telah ditutup) tetapi malangnya akaun tersebut telah pun dibuang.

TETAPI Merungkai kebenaran kesahihan akaun tersebut, SK cuba memeriksa kewujudan akaun itu di waybackmachine dan mendapati salinan pertama yang ada disitu bertarikh 16 Mac 2014. Ini bermakna akaun berkenaan benar wujud dan telah didelete dari Twitter.

jet pejuang yang tembak mh17, pengawal udara keiv, mh17 ditembak jatuh, tweet dari pengawal udara

Setelah itu, SK pergi ke salinan bertarikh 17 Julai 2014 dan memang benar tweet-tweet laporan oleh Carlos wujud sepertimana yang dilaporkan oleh laporan tersebut. 

Sedikit pengenalan mengenai Kiev, beliau adalah seorang pengawal trafik udara berwarganegara sepanyol yang bertugas bersama-sama dengan pegawai asing yang lain di Kiev Ukraine. 

Berdasarkan tweet-tweet beliau di laman twitternya, dia memberitahu bahawa kerajaan Ukraine yang menembak jatuh kapal MH17, dan yang lebih menarik, pesawat MH17 ditembak oleh jet pejuang, bukannya misil seperti yang diberitahu media.

Berikut kronologi twitter @spainbuca, diharap pembaca dapat membaca satu-satu. Bagi siapa yang tidak berpuas hati dengan terjemahan, boleh dapatkan sebagaimana asal dari link di bawah artikel.

Kronologi Twitter @spainbuca’s
--------------------------------------------------------------
10:21 – 17 July 2014 "Kiev pihak berkuasa, cuba untuk membuat kelihatan seperti serangan oleh pro-Rusia"

10:24 – 17 July 2014 "Amaran! Ia boleh menjadi terhempas, Malaysia Airlines B777 di ukraine, 280 penumpang "

10:25 – 17 July 2014 "Amaran! Kiev mendadpat apa yang mereka mahu "

10:25 – 17 July 2014 [Miitary] telah mengambil kawalan ATC di Kiev"

10:27 – 17 July 2014 "Pesawat Malaysia Airlines B777 hilang dari radar, tidak ada mana-mana komunikasi anomali, disahkan"

10:30 – 17 July 2014 "Kapal terbang ditembak jatuh, ditembak jatuh, ditembak jatuh, bukan kemalangan"

10:31 – 17 July 2014 "Kiev mendapat apa yang mereka mahu, saya berkata dalam tw pertama [Tweet], Kiev bertanggungjawab @ ActualidadRT"

10:35 – 17 July 2014 "Kemalangan itu bukan perkara biasa, mereka mengancam kami di menara yang sama di lapangan terbang Kiev"

10:35 – 17 July 2014 "Mereka akan mengambil telefon kami dan barangan lain pada bila-bila masa"

10:38 – 17 July 2014 "Sebelum Mereka mengambtelefon bimbit saya atau mereka memecahkan kepala saya, ditembak jatuh oleh Kiev"

11:12 – 17 July 2014 "Kami mempunyai pengesahan. Pesawat dijatuhkan, Kiev pihak berkuasa dimaklumkan, dijatuhkan, kami tenang sekarang "

11:13 – 17 July 2014 "Apa yang orang asing lakukan dengan Pihak Berkuasa kiev di menara? Mengumpul semua maklumat"

11:15 – 17 July 2014 "Jika berkesempatan saya akan menulis"

11:48 – 17 July 2014 B777 itu terbang pesawat diiringi oleh jet pejuang Ukraine sehingga 2 minit sebelum hilang dari radar

12:00 – 17 July 2014 "Kapal terbang Malaysia Airlines B777 baru hilang dan pihak tentera Kiev mengkhabarkan kepada kami, Bagaimana mereka tahu?"

12:00 – 17 July 2014 "7:00 minit selepas [pesawat hilang], kejadian itu diberitahu, menara kami kemudiannya diambil alih oleh kakitangan asing, mereka 'masih di sini'

12:01 – 17 July 2014 "Semua ini dirakam dalam radar, susah untuk percaya, ditembak jatuh oleh kiev, di sini kami tahu dan tentera kawalan trafik udara juga"

13:15 – 17 July 2014 "Di sini para komander tentera mengurus dan menyokong boleh jadi arahan dari pihak lain, tetapi tidak, pro-Rusia"

13:29 – 17 July 2014 "Menteri Dalam Negeri Tahu apa yang dilakukan oleh jet pejuang di kawasan itu, Menteri Pertahanan tidak tahu."

13:31 – 17 July 2014 "Pihak tentera mengesahkan Tentera Ukraine, tetapi masih tidak tahu dari mana perintah itu datang "

13:36 – 17 July 2014 "Hari-hari yang lalu, saya nyatakan di sini, tentera Kiev mahu bangkit melawan presiden sekarang, ini mungkin caranya, diperintahkan oleh Timoshenko [perintah timishenko ]"

13:38 – 17 July 2014 "Jet pejuang terbang berdekatan dengan 777, sehingga 3 minit sebelum hilang dari radar, hanya 3 minit."

13:43 – 17 July 2014 “Ruangan udara ditutup”

13:45 – 17 July 2014 "Ruang Udara ditutup, dikhuatiri lebih banyak serangan"

15:17 – 17 July 2014 "Pihak Tentera kini secara rasmi [mengatakan] pesawat telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu"

15:23 – 17 July 2014 "Kerajaan telah menandatangani laporan rasmi oleh Pihak Berkuasa Kawalan di Kiev tentera,,,, [kapal terbang ditembak jatuh]"

15:26 – 17 July 2014 "Laporan itu Menunjukkan di mana peluru berpandu TELAH keluar [dari], dan tidak dinyatakan dari  kawasan pemberontak"

15:34 – 17 July 2014 "Data dari radar tentera dikumpulkan dari peluru berpandu ditembak ke kapal terbang, tidak radar awam"
---------------------------------------------------------------
Jika benar apa yang dilaporkan, benarlah kerajaan Ukrain yang menembak MH17. Laporan dari negara luar juga ada mengatakan bahawa orang awam ternampak jet pejuang Ukrain berada di ruang udara beberapa minit sebelum nahas MH17. Carlos kini dikhabarkan diberi cuti oleh majikannya. Bagi yang inginkan transkrip asal dan lengkap, dapatkan disini.

Bagamanapun media barat kini telah menafikan hal berkaitan Caslos ini dan mendakwa yang ianya adalah akaun twitter yang palsu.

Ribuan Penduduk Tinggalkan Timur Gaza, Israel Terus Lancar Serangan

ribuan penduduk tinggalkan timur gaza, gaza ditinggalkan, serangan israel keatas gaza

BANDARAYA GAZA: Ribuan penduduk dilapor meninggalkan daerah Shejaiya di timur Gaza, awal hari ini, selepas serangan rejim Zionis menyebabkan beberapa mangsa terbaring di atas jalan raya.

Ambulans tidak dapat sampai di kebanyakan kawasan di sepanjang sempadan kerana pertempuran besar-besaran sedang berlaku.

Sementara itu, anggota perkhidmatan kecemasan berkata terdapat laporan bahawa penduduk tempatan terkorban dan cedera selepas terperangkap dalam letupan akibat bedilan bom roket oleh tentera Israel.

Pasangan Warga Emas Mati Tergantung Di Seremban

pasangan warga emas mati tergantung di seremban, mati tali gantung, gantung diri

SEREMBAN: Pasangan warga emas ditemui mati tergantung di bilik berasingan di rumah mereka di Flat Rasah Jaya dekat sini, malam tadi.

Jurucakap polis berkata pihak polis mendapat panggilan daripada jiran pasangan itu pada jam 9.30 malam yang memaklumkan terhidu bau busuk dari kediaman warga emas tersebut.

"Warga emas itu ditemui tergantung di dalam bilik hadapan dan di bilik bahagian dapur. Difahamkan kali terakhir warga emas tersebut dilihat pada Khamis lalu oleh jiran-jiran," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, polis masih menyiasat punca kematian warga emas berkenaan.

Mayat kedua-dua warga emas itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya

Kronologi Kejadian Malang Pesawat MH17

kronologi kejadian malang pesawat mh17, pesawat mh17, kronologi pesawat mh17

Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.

Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah “ditembak” namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.

17 Julai (Khamis)

* 12.15 Tengah Hari – (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.

* 10.15 MALAM – (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

18 Julai (Jumaat)

* 12.00 TENGAH MALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis tweet: “Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta.”

- Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.

* 2.07 PAGI – Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.

* 2.30 PAGI – Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu “tragedi dasyat” dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.

Video Youtube Seorang Penumpang MH17 Sebelum Berlepas

video youtube, video seorang penumpang mh17 sebelum berlepas

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Md Ali Md Salim, 30, sempat memuat naik video terakhir dalam akaun laman sosial Instagram miliknya ketika berada di tempat duduk pesawat itu sebelum berlepas.

Video dengan nama akaun @masa1777 berdurasi 15 saat itu dimuat naik kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Amsterdam dengan kapsyen: “Bismillah…#hatiadasikitgentar”.


Nenek Tiri DS Najib Antara Penumpang MH17

nenek tiri ds najib, nenek tiri najib penumpang mh17

SEORANG daripada 283 penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dikenal pasti sebagai nenek tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Berita sedih itu diketahui Perdana Menteri dan sepupunya yang juga Menteri Pertahanan, lapor sebuah portal berita.

Sumber rapat dengan keluarga pemimpin berkenaan memberitahu, mangsa, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk Najib dan Hishammuddin.

Mohd Noad adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila. – mstar.com.my

Jangan Biar Ukraine, Rusia Sentuh Kotak Hitam MH17

kotak hitam MH17, mh17, berita pesawat mas mh17

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 perlu diserahkan terus kepada Malaysia tanpa disentuh oleh mana-mana pihak.

"Saya sangat-sangat berharap kotak hitam MH17 tidak diperiksa Rusia mahupun Ukraine.

"Ia harus kembali ke Malaysia," katanya dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam malam tadi (waktu tempatan) dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini.

Pesawat tersebut yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan peluru berpandu sistem anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.

Terdahulu, Khairy berkata bahawa Malaysia tidak akan berhenti mencari dalang  nahas MH17.

"Rusia menyalahkan Ukraine. Ukraine menyalahkan pemisah pro-Rusia.

"Kami tidak akan berhenti mencari pihak yang bertanggungjawab terhadap nahas MH17," tambahnya.MH17

Gambar Honda Jazz Baru, Hanya Dari RM72,800

gambar honda jazz baru, honda jazz,

Kuala Lumpur: Honda Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan generasi ketiga, Honda Jazz sebentar tadi.

Kereta kompak yang melakukan pemasangan tempatan (CKD) itu hadir dengan tiga varian iaitu S, E dan V.

Ia dijual masing-masing RM72,800, RM79,800 dan RM87,800 atas jalan termasuk insurans.

Honda Jazz terbaru hadir dengan bentuk baru yang mana ruangan dalamannya lebih luas bagi sebuah kenderaan kompak.

Enjinnya menggunakan 1.5 liter yang menyalurkan 120 PS pada 6,600 rpm dengan tork setinggi 145 Nm pada 4,600 rpm.

Selain itu, ia dipadankan kotak gear CVT terbaru daripada Teknologi Earth Dreams yang menawarkan tahap penggunaan bahan api yang optimum.

Kanak-Kanak Maut Tersedak Biji Rambutan

kanak-kanak maut tersedak biji rambutan, maut tersedak biji rambutan, tersedak biji rambutan, rambutan

Bangi – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas tercekik biji rambutan ketika sedang mengunyah buah berkenaan di rumahnya di Bangi Perdana, semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa Muhammad Rayyan Iman Asri dikatakan tercekik ketika sedang menjamu selera ditemani pembantu rumahnya.

Kakak mangsa, Sorfina Batrisyia, 13, berkata, dia yang sedang bersiap di dalam bilik untuk ke sekolah pada sesi petang terkejut apabila pembantu rumahnya itu menjerit memberitahu keadaan menimpa Rayyan Iman.

Katanya, dia terus bergegas melihat keadaan adiknya itu yang didapati terbaring dalam keadaan sesak nafas.

“Saya segera menelefon bapa yang ketika itu keluar bekerja.

Hilang Tiga Jari Akibat Main Mercun

hilang tiga jari akibat main mercun, hilang tiga jari kena mercun

Kota Bharu – Kelantan merekodkan mangsa pertama mercun selepas lapan hari umat Islam berpuasa apabila seorang remaja berusia 14 tahun putus tiga jari akibat bermain mercun botol dalam kejadian di Kampung Gual Periok, Rantau Panjang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Idham Syafiq Mohd Tahir yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok dikejarkan ke Hospital Pasir Mas (HPM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Anak ketiga daripada lima beradik yang juga anak yatim itu kini ditempatkan di Wad Chempaka di hospital berkenaan.

Menurut Mohd Idham Syafiq, kejadian berlaku pantas apabila mercun yang dipegangnya tiba-tiba meletup ketika dinyalakan.

“Sebelum bermain mercun, saya dan rakan ke lokasi terletak kira-kira satu kilometer (km) dari rumah di Kampung Luar Gual Periok kerana bimbang dimarahi datuk.

“Ketika menyalakan mercun pertama, tiba-tiba ia meletup. Saya kemudian melihat tangan sudah dipenuhi darah sebelum rakan membawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) dengan menunggang motosikal,” katanya.

Manakala, datuknya Mohd Rashid Ibrahim, 59, mengakui terkejut apabila tiba-tiba dimaklumkan cucunya itu berada di hospital.

“Saya tiada di rumah ketika kejadian dan hanya diberitahu cucu dimasukkan ke hospital. Setiap kali musim raya, saya selalu mengingatkan dia supaya tidak bermain mercun, tetapi tidak sangka kejadian buruk ini menimpa cucu sendiri,” katanya.

Terdahulu, Mohd Idham Syafiq menerima lawatan dan menerima sumbangan daripada Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim kira-kira jam 11.30 pagi.

Sementara itu, Mazlan berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan mengelak daripada bermain mercun terutama kanak-kanak dan remaja.

Katanya, mercun terbabit bukan saja mendatangkan kecederaan parah, tetapi juga boleh menyebabkan kematian.

Gambar: Solat Dua Imam Serentak Di Masjid

solat dua imam serentak di masjid, solat dua imam

solat dua imam serentak di masjid, solat dua imam serentak

RANTAU PANJANG – Ramadan yang mulia dicemari dengan insiden di mana berlaku solat membabitkan dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti semalam.

Kejadian sejak 3 Julai lalu, menyebabkan jemaah terbahagi kepada dua kumpulan dan ia berlaku ketika solat fardu dan tarawih.

Kebiasaannya kes seumpama ini dikaitkan dengan fahaman politik tetapi lain pula yang berlaku di kampung ini, kerana kedua-dua pihak mendakwa ia berpunca daripada berbezaan fahaman agama Islam.

Perselisihan ini membawa kepada percanggahan pendapat seterusnya perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat.

Tinjauan mendapati, perpecahan itu bukan sahaja melibatkan jemaah lelaki, malah golongan wanita yang turut terbahagi kepada dua kumpulan dan dibezakan dengan pengadang.

Bagi kumpulan pertama ia diketuai oleh seorang imam dan hampir 30 jemaah menunaikan solat di saf hadapan manakala kumpulan kedua, imam lain menunaikan solat bersama hampir 50 hingga 100 jemaah lain di belakang saf pertama.

Pengakuan kumpulan satu

Pemilik tapak masjid berkenaan, Ustaz Yahya Zakaria berkata, selepas melanjutkan pelajaran di Mesir, dia pulang ke kampung ini dengan harapan dapat menyambung perjuangan bapa (Tok Guru Zakaria) sebelum ini.

Menurutnya, ketika itu tiada masalah berlaku sehinggalah pada tahun 2010 apabila penduduk tidak berpuas hati dia menjemput para ulama dari dalam dan luar negara ke kampung ini.

“Mungkin mereka tidak berpuas hati kerana kami tidak mengajak mereka bersama menganjurkan majlis meriah seumpama itu.

“Bagi saya, saya amat berbangga apabila ramai para ulama seluruh dunia berkumpul di kampung ini namun tidak pada penduduk, apabila terus menerus melempar fitnah kepada saya,” katanya.

Beliau yang juga guru di sekolah dekat sini berkata, tiada sebarang perbezaan dilakukan dalam berdakwah mengikut Tarekat Tarjani.

Menurutnya, selawat dan solatmengikut ajaran Islam yang sebenar tiada sebarang tokok tambah.

Namun katanya, penduduk tidak yakin sehingga sanggup membuat saf baharu meskipun saya bersiap mahu menunaikan solat di masjid ini.

“Saya paling kecewa pada 2012 lalu, apabila mereka melarang saya menunaikan solat di dalam masjid yang dibina arwah bapa saya biarpun tanah ini sudah pun diwarisi kepada kami tiga beradik,” katanya.

Menurutnya, tindakan penduduk kampung diibaratkan menidakkan hak mereka seterusnya sengaja menimbulkan huru-hara.

Disebabkan katanya, dia memfailkan saman di Mahkamah Tinggi agar tidak membenarkan penduduk menjejakkan kaki ke dalam masjid ini pada 12 Disember tahun lalu.

Kumpulan kedua beri penjelasan

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Nor Razali berkata, kejadian ini bermula pada 2010 lalu namun mula memuncak pada 2011 sehingga 2012 lalu.

Ketika itu katanya, penduduk dipelawa mengikut ajaran tarekat berkenaan namun kebanyakannya tidak yakin seterusnya tidak mengikut saranan yang dibawa oleh Ustaz Yahya Zakaria.

Beberapa lama selepas itu, Mohd Nor mendakwa Ustaz Yahya membuat perintah mahkamah agar tidak membenarkan 13 penduduk menunaikan solat di masjid ini bermula akhir tahun lalu.

Memandangkan masjid ini dibina di atas tanah hak milik tiga anak Allahyarham Tok Guru Zakaria, maka penduduk dilarang menjejakkan kaki di pekarangan masjid kerana didakwa boleh mencetuskan perselisihan.

Namun pada 1 Julai lalu, mahkamah membenarkan penduduk menunaikan solat terawih sepanjang Ramadan tahun ini.

Menurutnya, jemaah dari kumpulan Ustaz Yahya juga tidak menghalang penduduk memasuki masjid namun keengganan berganjak dari saf depan menyebabkan  kejadian solat dua imam serentak.

Katanya, penduduk sukar tunaikan solat Maghrib selepas majlis berbuka puasa kerana kumpulan pertama enggan berganjak dari saf hadapan.

Maka katanya, jemaah terpaksa membuat saf baharu, satu saf di belakang kumpulan pertama untuk solat Maghrib, Isyak dan solat tarawih.

“Mereka hanya duduk di hadapan saf tanpa tunai solat terlebih dahulu dan mendakwa sedang berselawat.

“Disebabkan waktu Isyak semakin menghampiri, maka kami terpaksa menunaikan solat di belakang saf mereka, tanpa menunggu mereka selesai berselawat,” katanya.

Keadaan ini katanya, turut berpanjangan sehingga ke solat tarawih membabitkan jemaah yang sama, mengikut dua imam berlainan.

Sementara itu, penduduk, Ismail Awang, 75, berkata, di masjid seramai 500 jemaah dapat menunaikan solat dalam satu-satu masa.

Namun katanya, insiden ini menyebabkan ramai tidak dapat menunaikan solat sekali gus menyukarkan penduduk untuk beribadah di bulan Ramadan.

Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan menyiasat punca berlakunya insiden solat dua imam serentak di masjid berkenaan.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Ir Yusoff Ismail berkata, sebelum ini pihaknya tidak terima selaporan berhubung kejadian ini.

Namun katanya, Maik akan hantar pegawai untuk mengetahui masalah yang berlaku membabitkan dua pihak terbabit seterusnya mencari jalan penyelesaian kes berkenaan.

“Insiden ini tidak sepatutnya berlaku terutama ketika bulan Ramadan malah berlaku di dalam rumah ALLAH,"katanya.