Blogger Widgets

Berita Utama

Wajah anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin

anak rozita che wan dengan zain saidin, anak rozita che wan


Wajah anak Rozita Che Wan ataupun Che Ta dan pasangannya Zain Saidin telah di siarkan secara live dalam rancangan HLive! sebentar tadi.Gambar menunjukkan bertapa gembiranya wajah Che Ta sambil mendakap anaknya yang ke-3 disamping zain dan anak sulungnya Ammar Effendy.. masih terselah kecantikan Che Ta kan...

Nama anak baru pasangan ini akan diumumkan secara live dalam rancangan HLIve! minggu hadapan.Jadi peminta Che Ta sabar ye.

anak rozita che wan dengan zain saidin, anak rozita che wan

anak rozita che wan dengan zain saidin, anak rozita che wan

Matyo Dikritik Teruk Peminat Pasukan Johor Kerana Gagal Sempurna Penalti

matyo, shahrul idlan talaha, matyo kaki buta, kaki buta,matyo dikritik

Kegagalan Mat Yo menyempurnakan sepakan penalti kelima buat JDT semalam mendapat kritikan dari peminat pasukan Johor. Lebih teruk lagi, kegagalan tersebut disifatkan oleh peminat Johor sebagai punca kegagalan Johor untuk merangkul gelaran Juara Piala Malaysia 2014.



Perasaan hampa dan kritikan peminat terhadap kegagalan Matyo ini telah di luahkan menerusi media sosial :

matyo, shahrul idlan talaha, matyo kaki buta, kaki buta,matyo dikritik

matyo, shahrul idlan talaha, matyo kaki buta, kaki buta,matyo dikritik

matyo, shahrul idlan talaha, matyo kaki buta, kaki buta,matyo dikritik

matyo, shahrul idlan talaha, matyo kaki buta, kaki buta,matyo dikritik

Pahang menewaskan Johor dengan penentuan sepakan penalti 5-3 setelah seri 2-2- dalam perlawanan semalam dan seterusnya dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2014

Aplikasi Yang Paling Efektif Untuk Jejak Pencuri Telefon Anda

aplikasi yang paling efektif, aplikasi untuk jejak pencuri telefon

Kes-kes telefon pintar hilang kini telah menjadi kes yang biasa kita dengar, sama ada atas kecuaian diri ataupun akibat dicuri orang. Biasanya, jika telefon hilang, ia sememangnya menjadi satu masalah yang besar kepada pemilik telefon. Dan biasanya kes-kes seperti ini sukar untuk diselesaikan.

Terdapat banyak aplikasi-aplikasi di Play Store yang mengatakan boleh menemukan semula telefon yang hilang. Tapi kebanyakan aplikasi ini sukar digunakan. Terbaru penulis terjumpa satu aplikasi yang begitu mudah digunakan, malah lebih efektif dari aplikasi-aplikasi lain.

Aplikasi LockWatch merupakan satu aplikasi android yang mempunyai cara mudah dan berkesan untuk menjejaki pencuri. Kelebihan aplikasi ini adalah, ia akan mengambil gambar selfie si 'pencuri' apabila dia memasukkan kod keselamatan atau 'pattern' yang salah.

aplikasi yang paling efektif, aplikasi untuk jejak pencuri telefon, aplikasi playstore jejak pencuri telefon
Aplikasi ini mendapat 4.5 bintang di PlayStore dan rata-rata komen dari pengguna adalah positif.
Anda cuma perlu menginstall aplikasi ini ke telefon anda dan secara ringkasnya, berikut adalah cara aplikasi ini berfungsi :

Telefon anda hilang atau dicuri
Pencuri itu cuba membuka telefon anda dengan kod atau pattern yang salah
LockWatch akan mengambil gambar 'selfie' pencuri berkenaan secara senyap dan maklumat lokasi dimana telefon anda berada.
LockWatch dengan serta merta menghantar emel kepada anda berserta dengan gambar pencuri terbabit.
Penulis sendiri sudah mencuba aplikasi tersebut, dan ternyata ianya berkesan! Berikut adalah contoh emel penulis terima apabila cuba membuka telefon dengan 'pattern' dan kod yang salah.

aplikasi yang paling efektif, aplikasi untuk jejak pencuri telefon, aplikasi playstore jejak pencuri telefon

Kalau dah ada gambar muka si pencuri, nak apa lagi? Bagi sahaja pada polis, pasti mereka boleh selesaikan..

Aplikasi ini patut menjadi salah satu aplikasi wajib di dalam telefon android anda. Aplikasi ini turut menawarkan notifikasi emel yang sama apabila kad sim ditukar! Tapi ciri itu hanya ada pada versi premium. Tapi apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk keselamatan telefon anda kan?

UPSR Bocor: Pengarah, Tim. Pengarah LPM Digantung Tugas

upsr bocor, kertas upsr bocor, pengarah LPM digantung

LAOS – Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh digantung tugas dalam tempoh siasatan berkuatkuasa serta merta berikutan insiden kebocoran soalan UPSR.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan perkara itu hari ini, berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim, akan menjalankan tugas dan tanggungjawab Pengarah LPM.

“Dalam kes ini Pengarah LPM perlu bertanggungjawab kerana sudah menjejaskan integriti Kementerian Pendidikan.

“Siasatan akan dijalankan dengan telus dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bersalah.

“Walaupun terdapat sistem kawalan yang baik, perbuatan tidak amanah dan khianat ini membuatkan anak-anak kita tertekan dan ibu bapa tidak keruan akibat insiden ini,” katanya.

3 Pemandu Bas Salib Diri Selepas Dipecat

3 pemandu bas salib diri selepas dipecat, salib, tanda salib, pemandu bas salib diri selepas dipecat

Asuncion – Tiga pemandu bas di ibu negara Paraguay ini menyalib diri mereka sebagai sebahagian daripada mogok lapar selepas mereka dibuang kerja.

Elvio Cristaldo dan Eligio Martinez mengambil keputusan menyalib diri mereka di San Lorenzo,pinggir bandar raya Asuncion selepas dipecat kerana membantah waktu bekerja yang lebih singkat.

Rakan mereka, Clemente Lovera, selain menyalib dirinya, juga menjahit mulutnya dan enggan makan selagi dia tidak dibenar kembali bekerja.

Bapa dua anak itu bagaimanapun dipaksa menelan makanan cecair menerusi penyedut sambil dia baring bersama-sama dua bekas rakan setugasnya.

Cristaldo, 39, memberitahu radio tempatan: “Saya tidak akan menyerah walaupun tindakan ini sungguh menyakitkan.” Ketiga-tiga lelaki itu mengadakan tunjuk perasaan di dalam khemah berhampiran agensi Pengangkutan Kebangsaan Paraguay.

ROGOL: Hukuman Ahli Ruffedge Kekal 20 Tahun Penjara, Sebat

ahli kumpulan ruffedge 20 tahun penjara, ruffedge, hukuman rogol

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap bekas anggota kumpulan Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya, dua tahun lalu.

Hakim Nurchaya Arshad mengekalkan keputusan itu sekali gus menolak permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.

Menurutnya, hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah sesyen itu adalah setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Rogol bukan sahaja kesalahan serius malah lebih menyedihkan lagi apabila mangsa menghadapi trauma sepanjang hayatnya.

“Kita tidak mahu anak, adik, kakak mahupun ibu diperlakukan sebegitu,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, sepatutnya perayu yang telah berkahwin dengan ibu mangsa melindungi anak kecil itu walaupun bergelar bapa tiri.

“Seorang bapa perlulah melindungi anaknya,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya pada ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gombak, Selangor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Perayu yang juga guru vokal diwakili peguam, Azmin Talib.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu pada 6 September 2013.

“Semua Orang Tahu Saya Cenderung Sebelah Sana”

mustafa kamal, mustafa kamal dan datuk nik aziz, tok guru, pas

KOTA BHARU – “Semua orang tahu, saya cenderung ke sebelah sana,” komen ringkas pelakon Mustafa Kamal apabila ditanya mengenai kehadirannya pada majlis anjuran parti pembangkang.

Malahan, beliau tigak menganggap tindakannya itu suatu kesalahan kerana baginya masyarakat kini bersikap terbuka dan dapat menerima perbezaan pendapat dari segi politik.

“Perbezaan pendapat (politik) itu bagus. Kita tidak boleh menghukum orang lain semata-mata kerana orang itu berbeza pendapat dengan kita. Dalam Islam sendiri tidak salah jika berbeza pendapat untuk kebaikan,” katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kunjungannya ke Kampung Geting, Pengkalan Kubor, tempat di mana PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, 25 September ini, malam Khamis.

Menjelaskan lebih lanjut, Mustafa, atau nama sebenarnya Mustapha Kamal Mohd Daud, 52, berkata, beliau berada di Kelantan kerana ada urusan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun, anak kelahiran Kota Bharu ini berkata, urusan yang dimaksudkannya itu tidak mempunyai kaitan dengan PRK Pengkalan Kubor.

“Hari ini (Jumaat) sudah hari keempat saya di sini dan saya akan berada di sini beberapa hari lagi.

“Kebetulan malam tadi (Khamis) saya perlu ambil dokumen daripada seseorang yang berada di tempat PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding,” katanya.

Walaupun ia berlaku secara kebetulan, pelakon drama dan filem yang dikenali ramai ini tidak menafikan kehadirannya itu secara tidak langsung telah menonjolkan penglibatan dirinya dalam parti politik pembangkang.

Mengenai peluang PAS dan Barisan Nasional untuk menang di Pengkalan Kubor, katanya, beliau tidak begitu mengenali calon untuk kedua-dua parti.

“Saya bukan penganalisa dan bukan pengundi di kawasan ini.

“Tapi beradasarkan sembang kedai kopi dengan penduduk setempat, mereka kata setakat hari ini peluang 50-50.

“Tengoklah dua-tiga hari sebelum mengundi nanti, mungkin kita boleh nampak peluang dengan lebih jelas,” katanya yang merupakan pengundi di DUN Chempaka.

Sejak kebelakangan ini, Mustafa sering memegang watak bapa, termasuklah dalam drama bersiri popular, Awan Dania.

Dalam era 90-an, beliau pernah membintangi banyak filem termasuklah filem Adik, Mira Edora dan Kami The Movie.

Katanya, walaupun banyak melakukan kerja-kerja di luar bidang seni, beliau masih menerima tawaran berlakon.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Budak Sekolah Kongsi Cerita Toreh Lengan Di FB

perangai budak zaman sekarang toreh tangan sebab pakwe, budak sekolah toreh lengan , toreh lengan,

Macam-macam la budak-budak zaman sekarang. Jika sebelum ini, kami bawakan kes dimana satu pasangan kanak-kanak yang dah terlebih 'advance', kali ini kes toreh tangan pula tersebar.

Kes toreh-menoreh tangan ini telah tersebar di laman sosial dan berasal Facebook budak itu sendiri, dipercayai dimuat naik olehnya sendiri.

Menurut cerita dalam statusnya, dia ni sedih, sebab sedih dia, pergi toreh tangan dia di dalam tandas guna gunting.

Kalau nak sakitkan diri sendiri, buatlah sendiri..tak perlu kecoh-kecoh di FB. Bagi penulis senang saja, budak ni cuma mahukan perhatian, atau dalam bahasa omputihnya 'Attention Whore'.

Nokia Tawar Lumia 530 Dengan Hanya RM57 Sempena Hari Malaysia

nokia lumia, nokia dijual harga murah hari malaysia, hari malaysia 57, merdeka sale

Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba, Microsoft Malaysia telah mengumumkan satu promosi bagi telefon pintar Nokia Lumia 530 pada harga serendah RM 57!.

Harga pasaran telefon pintar yang beroperasi menggunakan Windows 8.1 itu adalah RM 355.

Tetapi ada syarat untuk mendapatkan telefon ini pada harga promosi. Syaratnya adalah, pelanggan harus membeli salah satu dari peranti Lumia yang terpilih.

Peranti terpilih yang perlu dibeli oleh pelanggan adalah, Lumia 1520, Lumia 930, Lumia 630, dan yang paling mengejutkan, Lumia 530 itu sendiri


Promosi ini hanya boleh didapati di kedai-kedai Nokia terpilih di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Nokia Malaysia Facebook

Gambar Pelajar UITM Puncak Alam Maut Terjatuh Tingkat 4

gambar pelajar uitm puncak alam maut terjatuh tingkat 4, gambar pelajar uitm puncak alam

Gambar Mohd Ilyas Saifullah Bin Md Azhari pelajar UITM Puncak Alam maut terjatuh tingkat 4 bangunan Asrama. Insiden dipercayai berlaku pada jam 8.20 malam 15 Ogos 2014 apabila mangsa yang dilaporkan tertinggal kunci rumah cuba memanjat ikut tingkap sebelum tergelincir dari Tingkat 4 bangunan terbabit.

Mangsa yang merupakan seorang pelajar Asasi Sains UITM Puncak Alam meninggal dunia serta merta akibat pendarahan yang teruk dibahagian kepala. Berita mengenai insiden tersebut turut disahkan menerusi laman sosial Twitter Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UITM Shah Alam.

gambar pelajar uitm puncak alam maut terjatuh tingkat 4, gambar pelajar uitm puncak alam

gambar pelajar uitm puncak alam maut terjatuh tingkat 4, gambar pelajar uitm puncak alam

gambar pelajar uitm puncak alam maut terjatuh tingkat 4, gambar pelajar uitm puncak alam

gambar pelajar uitm puncak alam maut terjatuh tingkat 4, gambar pelajar uitm puncak alam

Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M Berlepas Ke Gaza

misi bantuan kemanusiaan kp1m berlepas ke gaza, misi bantuan kemanusiaan kp1m

KAHERAH – Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ( KP1M ) bertolak ke Gaza melalui sempadan Rafah pada 9 pagi waktu tempatan ( 2 petang waktu Malaysia ) Sabtu, selepas waktu asal ditunda.

Misi yang turut disertai Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) seramai 83 peserta itu adalah bagi menyampaikan bekalan makanan dan perubatan kepada mangsa serangan Israel di Gaza.

Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi itu  berkata keputusan menunda waktu asal diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan dan logistik.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Umno berkata pihaknya sebelum ini perlu menungggu surat kelulusan bertulis daripada pihak kerajaan Mesir terlebih dahulu sebelum berlepas.

“Sebelum ini kelulusan hanya dibuat secara lisan. Jadi kita dinasihatkan untuk mendapatkan jaminan bertulis terlebih dahulu,” katanya semasa sesi taklimat kepada peserta di sini, Jumaat malam.

Misi bantuan kemanusiaan itu sebelum ini bercadang bertolak pukul 12.30 pagi waktu tempatan, Sabtu dan menjangkakan tiba di sempadan Rafah pukul 6 pagi waktu tempatan.

Dari segi logistik, Abdul Azeez berkata sehingga petang Jumaat, bekalan makanan dan perubatan kira-kira 10 tan metrik untuk dibawa ke Gaza masih terkandas di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah .

“Tapi, kita dah dapat semua kelulusan untuk keluarkan barang-barang kita hari ini, tetapi Kastam pula dah tutup. Jadi kita dah buat arrangement, dan expect dapat keluarkan semua untuk dimuatkan dalam kontena, awal pagi Sabtu sebelum kita bertolak,” katanya.

Justeru, katanya selepas perbincangan diadakan, keputusan dibuat untuk misi bergerak hanya selepas bekalan makanan dan perubatan berkenaan dikeluarkan serta surat kelulusan bertulis diterima, awal pagi Sabtu.

Abdul Azeez berkata hasil perbincangan turut mencadangkan tempoh pulang ke Malaysia dilanjutkan daripada 19 Ogos sebelum ini ke 22 Ogos, supaya lebih banyak masa dapat diluang di wilayah bergolak Gaza dan objektif misi dapat dicapai.

Misi bantuan kemanusiaan itu merancang untuk mengagihkan sebanyak 5,000 kotak bekalan makanan untuk 25,000 warga Palestin serta menyampaikan bantuan perubatan kepada mangsa serangan Israel di Gaza.

Hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti Israel di Semenanjung Gaza sejak 8 Julai lalu.

Rabu malam, agensi berita antarabangsa melaporkan, pihak Israel dan Palestin setuju melanjutkan tempoh gencatan senjata selama lima hari.

Wajah Tan Hong Ming Dan Umi Qazrina Sekarang

wajah tan hong ming dan umi qazrina sekarang

Masih ingatkah lagi anda tentang iklan yang mengisahkan 'percintaan' antara Tan Hong Ming dan juga Umi Qazrina sempena kemerdekaan yang ke-50 tujuh tahun lalu?

Iklan tersebut menceritakan bagaimana dua orang kanak-kanak tersebut yang berbeza bangsa tapi mempunyai perasaan ingin berkawan antara satu sama lain.

Iklan tersebut telah berjaya memenangi anugerah emas bagi Festival Iklan Antarabangsa Cannes Lions pada 2008.

Tapi setelah 7 tahun berlalu, kini mereka berdua dah pun dewasa. Nak tahu macam mana rupa mereka sekarang? Lihat gambar di bawah

wajah tan hong ming dan umi qazrina sekarang

Gates Sahut Cabaran Zuckerberg Curah Air Sejuk Atas Kepala

bill gate sahut cabaran mark zuckerberg curah air sejuk atas kepala, pemilik facebook mencabar bill gates curah air sejuk atas kepala

Mark Zuckenberg telah mencabar Bill Gates untuk mencurahkan air sejuk di atas kepala bagi kempen kesedaran ALS.

Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) adalah salah satu jenis penyakit yang tergolong dalam penyakit saraf atau Motor Neuron Disease (MND).

Sebelum ini, Mark Zuckenberg telah dicabar oleh governor New Jersey, Chris Christie. Setelah itu, Mark Zuckenberg telah mencabar Bill Gates untuk berbuat benda yang sama.

Lebih menarik, Bill Gates siap melakarkan plan untuk mecurahkan ais ke atas kepalanya. Berbeza dengan orang lain yang hanya mencurahkan ais dengan menggunakan besen.

Saksikan bagaimana Bill Gates menyahut cabaran ini.

Video :  http://www.siakapkeli.com/2014/08/video-bill-gates-sahut-cabaran.html

Sekuriti Facebook Sekat Laman Facebook Sokong Al-Qassam

sekuriti facebook sekat laman facebook sokong al-qassam, al-qassam, sekuriti facebook, laman facebook

Akaun Facebook rasmi 'We Are All Al Qassam(WAAAQ) telah disekat oleh sekuriti Facebook. Penyekatan itu difahamkan dilakukan tanpa sebarang amaran atau notis.

Aman Palestin telah menghebahkan perkara tersebut melalui Laman rasmi Aman Palestin. Selain dari auakn WAAAQ, akaun milik admin yang mengedalikan WAAAQ juga turut dipadam.

Laman WAAAQ telah mendapat lebih seratus ribu likes dalam masa yang singkat menunjukkan betapa kukuhnya sokongan rakyat Malaysia terhadap kumpulkan Al-Qassam memerangi rejim kejam, Zionis.

Polis Siasat Pelajar 'Like' Laman Facebook Israel


Khairy Bidas Golongan 'Boikot McD' Di Twitter

 KUALA LUMPUR: Tindakan memboikot 'barangan Israel' haruslah kena pada sasarannya yang sebenar, dan bukannya sehingga mendatangkan kesan pada rakyat Malaysia sendiri.

Demikian pandangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan di laman Twitternya sebentar tadi yang turut menyarankan supaya tumpuan bantahan dilaksanakan terhadap dasar Amerika Syarikat.

"Duta Palestin kata jangan boikot McD (McDonald's). Sukar membuktikan kaitan McD dgn Israel. Tumpu bantahan terhadap dasar US (Amerika Syarikat). Nak bash (hentam) dia juga?

"Bila orang kata boikot biar kena pada sasaran sebenar, jangan ada kesan pada orang kita, kena bash. Ni tak nak bash Duta Palestin?" soal beliau secara sinis terhadap golongan yang sering bertindak mengikut pandangan majoriti.

khairy bidas golongan boikot mcd di twitter, boikot mcd, boikot mcdonald
Selain itu, Khairy juga menggesa orang ramai agar lebih bijak dalam memilih barangan atau produk yang hendak diboikot dan mensasarkan pada sasaran yang boleh mendatangkan kesan pada Israel.

khairy bidas golongan boikot mcd di twitter, boikot mcd, boikot mcdonald

Ketua Pemuda UMNO itu sebelum ini juga pernah menyifatkan tindakan pihak yang mahu memboikot produk buatan Israel, sebagai 'tidak rasional'.

Kata beliau, adalah sukar untuk menentukan sama ada sesuatu produk itu betul-betul dari Israel atau tidak.

Tambahnya, apa yang merisaukan adalah tindakan memboikot dari pihak tertentu itu akan menyebabkan rakyat Malaysia sendiri terkena kesannya.

Dalam laporan The Star pada Rabu pula, Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar Al Agha berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya mensasarkan pekerja di premis makanan seperti McDonald's dan Starbucks dalam usaha mereka untuk memboikot produk-produk Israel.

Beliau yang ditemubual akhbar tersebut berpendapat, tindakan menganggu serta mengancam keselamatan pekerja adalah tidak adil kerana mereka hanya mencari nafkah.

Ujarnya, meskipun tindakan memboikot berkemungkinan mampu memberi tekanan kepada Israel, tetapi dakwaan di media sosial mengenai syarikat yang dikaitkan dengan Israel sukar disahkan kesahihannya.

Pada 5 Ogos lalu, sekumpulan penduduk di Dungun, Terengganu melakukan demonstrasi memboikot Israel di hadapan restoran makanan segera McDonald’s di daerah itu.

Mereka dikatakan turut mengganggu premis restoran makanan segera itu serta menggoncang pintu masuknya, sekali gus mengancam keselamatan pekerja dan pelanggan yang berada di dalam premis berkenaan.

Tindakan itu dikecam banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif yang memohon orang ramai yang menyokong kempen boikot barangan Israel supaya mengawal diri dan tidak melanggar batasan dalam menjayakan kempen tersebut.

RM35,000 Milik Penumpang MH370 Lesap Dari Akaun Bank

rm 35000 milik penumpang mh370 lesap dari akaun bank, milik penumpang mh370 lesap dari akaun bank

KUALA LUMPUR – Sejumlah wang milik empat penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak Mac lalu, didapati lesap dari akaun bank milik mereka.

Kehilangan wang sebanyak RM35,000 itu dikesan oleh salah seorang pekerja bank yang mendapati terdapat pemindahan wang oleh individu tidak dikenali serta tanpa kebebaran empat pelanggan yang juga penumpang MH370.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.

'Kiki Stering Lock' Akan Dituduh Di Mahkamah Pada Isnin

kiki stering lock,

TEMERLOH: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di sini Isnin lepas akan dituduh di mahkamah Isnin ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan telah pun daripadanya pada Khamis.

"Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).

Wanita terbabit dilihat telah membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube.

Tweet Dari Pengawal Udara Keiv - MH17 Ditembak Jatuh Oleh Jet Pejuang

jet pejuang yang tembak mh17, pengawal udara keiv, mh17 ditembak jatuh

Satu laporan kini berlegar di Internet mengenai siapa sebenarnya yang menembak pesawat MH17. Maklumat itu adalah dari seorang pegawal trafik udara di Kiev yang bernama Carlos.

Mengikut laporan tersebut, Carlos didakwa memuatnaik tweet perihal MH17 ketika kejadian berlaku menggunakan akaun bernama @spainbuca (akaun telah ditutup) tetapi malangnya akaun tersebut telah pun dibuang.

TETAPI Merungkai kebenaran kesahihan akaun tersebut, SK cuba memeriksa kewujudan akaun itu di waybackmachine dan mendapati salinan pertama yang ada disitu bertarikh 16 Mac 2014. Ini bermakna akaun berkenaan benar wujud dan telah didelete dari Twitter.

jet pejuang yang tembak mh17, pengawal udara keiv, mh17 ditembak jatuh, tweet dari pengawal udara

Setelah itu, SK pergi ke salinan bertarikh 17 Julai 2014 dan memang benar tweet-tweet laporan oleh Carlos wujud sepertimana yang dilaporkan oleh laporan tersebut. 

Sedikit pengenalan mengenai Kiev, beliau adalah seorang pengawal trafik udara berwarganegara sepanyol yang bertugas bersama-sama dengan pegawai asing yang lain di Kiev Ukraine. 

Berdasarkan tweet-tweet beliau di laman twitternya, dia memberitahu bahawa kerajaan Ukraine yang menembak jatuh kapal MH17, dan yang lebih menarik, pesawat MH17 ditembak oleh jet pejuang, bukannya misil seperti yang diberitahu media.

Berikut kronologi twitter @spainbuca, diharap pembaca dapat membaca satu-satu. Bagi siapa yang tidak berpuas hati dengan terjemahan, boleh dapatkan sebagaimana asal dari link di bawah artikel.

Kronologi Twitter @spainbuca’s
--------------------------------------------------------------
10:21 – 17 July 2014 "Kiev pihak berkuasa, cuba untuk membuat kelihatan seperti serangan oleh pro-Rusia"

10:24 – 17 July 2014 "Amaran! Ia boleh menjadi terhempas, Malaysia Airlines B777 di ukraine, 280 penumpang "

10:25 – 17 July 2014 "Amaran! Kiev mendadpat apa yang mereka mahu "

10:25 – 17 July 2014 [Miitary] telah mengambil kawalan ATC di Kiev"

10:27 – 17 July 2014 "Pesawat Malaysia Airlines B777 hilang dari radar, tidak ada mana-mana komunikasi anomali, disahkan"

10:30 – 17 July 2014 "Kapal terbang ditembak jatuh, ditembak jatuh, ditembak jatuh, bukan kemalangan"

10:31 – 17 July 2014 "Kiev mendapat apa yang mereka mahu, saya berkata dalam tw pertama [Tweet], Kiev bertanggungjawab @ ActualidadRT"

10:35 – 17 July 2014 "Kemalangan itu bukan perkara biasa, mereka mengancam kami di menara yang sama di lapangan terbang Kiev"

10:35 – 17 July 2014 "Mereka akan mengambil telefon kami dan barangan lain pada bila-bila masa"

10:38 – 17 July 2014 "Sebelum Mereka mengambtelefon bimbit saya atau mereka memecahkan kepala saya, ditembak jatuh oleh Kiev"

11:12 – 17 July 2014 "Kami mempunyai pengesahan. Pesawat dijatuhkan, Kiev pihak berkuasa dimaklumkan, dijatuhkan, kami tenang sekarang "

11:13 – 17 July 2014 "Apa yang orang asing lakukan dengan Pihak Berkuasa kiev di menara? Mengumpul semua maklumat"

11:15 – 17 July 2014 "Jika berkesempatan saya akan menulis"

11:48 – 17 July 2014 B777 itu terbang pesawat diiringi oleh jet pejuang Ukraine sehingga 2 minit sebelum hilang dari radar

12:00 – 17 July 2014 "Kapal terbang Malaysia Airlines B777 baru hilang dan pihak tentera Kiev mengkhabarkan kepada kami, Bagaimana mereka tahu?"

12:00 – 17 July 2014 "7:00 minit selepas [pesawat hilang], kejadian itu diberitahu, menara kami kemudiannya diambil alih oleh kakitangan asing, mereka 'masih di sini'

12:01 – 17 July 2014 "Semua ini dirakam dalam radar, susah untuk percaya, ditembak jatuh oleh kiev, di sini kami tahu dan tentera kawalan trafik udara juga"

13:15 – 17 July 2014 "Di sini para komander tentera mengurus dan menyokong boleh jadi arahan dari pihak lain, tetapi tidak, pro-Rusia"

13:29 – 17 July 2014 "Menteri Dalam Negeri Tahu apa yang dilakukan oleh jet pejuang di kawasan itu, Menteri Pertahanan tidak tahu."

13:31 – 17 July 2014 "Pihak tentera mengesahkan Tentera Ukraine, tetapi masih tidak tahu dari mana perintah itu datang "

13:36 – 17 July 2014 "Hari-hari yang lalu, saya nyatakan di sini, tentera Kiev mahu bangkit melawan presiden sekarang, ini mungkin caranya, diperintahkan oleh Timoshenko [perintah timishenko ]"

13:38 – 17 July 2014 "Jet pejuang terbang berdekatan dengan 777, sehingga 3 minit sebelum hilang dari radar, hanya 3 minit."

13:43 – 17 July 2014 “Ruangan udara ditutup”

13:45 – 17 July 2014 "Ruang Udara ditutup, dikhuatiri lebih banyak serangan"

15:17 – 17 July 2014 "Pihak Tentera kini secara rasmi [mengatakan] pesawat telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu"

15:23 – 17 July 2014 "Kerajaan telah menandatangani laporan rasmi oleh Pihak Berkuasa Kawalan di Kiev tentera,,,, [kapal terbang ditembak jatuh]"

15:26 – 17 July 2014 "Laporan itu Menunjukkan di mana peluru berpandu TELAH keluar [dari], dan tidak dinyatakan dari  kawasan pemberontak"

15:34 – 17 July 2014 "Data dari radar tentera dikumpulkan dari peluru berpandu ditembak ke kapal terbang, tidak radar awam"
---------------------------------------------------------------
Jika benar apa yang dilaporkan, benarlah kerajaan Ukrain yang menembak MH17. Laporan dari negara luar juga ada mengatakan bahawa orang awam ternampak jet pejuang Ukrain berada di ruang udara beberapa minit sebelum nahas MH17. Carlos kini dikhabarkan diberi cuti oleh majikannya. Bagi yang inginkan transkrip asal dan lengkap, dapatkan disini.

Bagamanapun media barat kini telah menafikan hal berkaitan Caslos ini dan mendakwa yang ianya adalah akaun twitter yang palsu.

Ribuan Penduduk Tinggalkan Timur Gaza, Israel Terus Lancar Serangan

ribuan penduduk tinggalkan timur gaza, gaza ditinggalkan, serangan israel keatas gaza

BANDARAYA GAZA: Ribuan penduduk dilapor meninggalkan daerah Shejaiya di timur Gaza, awal hari ini, selepas serangan rejim Zionis menyebabkan beberapa mangsa terbaring di atas jalan raya.

Ambulans tidak dapat sampai di kebanyakan kawasan di sepanjang sempadan kerana pertempuran besar-besaran sedang berlaku.

Sementara itu, anggota perkhidmatan kecemasan berkata terdapat laporan bahawa penduduk tempatan terkorban dan cedera selepas terperangkap dalam letupan akibat bedilan bom roket oleh tentera Israel.

Pasangan Warga Emas Mati Tergantung Di Seremban

pasangan warga emas mati tergantung di seremban, mati tali gantung, gantung diri

SEREMBAN: Pasangan warga emas ditemui mati tergantung di bilik berasingan di rumah mereka di Flat Rasah Jaya dekat sini, malam tadi.

Jurucakap polis berkata pihak polis mendapat panggilan daripada jiran pasangan itu pada jam 9.30 malam yang memaklumkan terhidu bau busuk dari kediaman warga emas tersebut.

"Warga emas itu ditemui tergantung di dalam bilik hadapan dan di bilik bahagian dapur. Difahamkan kali terakhir warga emas tersebut dilihat pada Khamis lalu oleh jiran-jiran," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, polis masih menyiasat punca kematian warga emas berkenaan.

Mayat kedua-dua warga emas itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya

Kronologi Kejadian Malang Pesawat MH17

kronologi kejadian malang pesawat mh17, pesawat mh17, kronologi pesawat mh17

Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.

Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah “ditembak” namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.

17 Julai (Khamis)

* 12.15 Tengah Hari – (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.

* 10.15 MALAM – (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

18 Julai (Jumaat)

* 12.00 TENGAH MALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis tweet: “Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta.”

- Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.

* 2.07 PAGI – Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.

* 2.30 PAGI – Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu “tragedi dasyat” dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.

Video Youtube Seorang Penumpang MH17 Sebelum Berlepas

video youtube, video seorang penumpang mh17 sebelum berlepas

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Md Ali Md Salim, 30, sempat memuat naik video terakhir dalam akaun laman sosial Instagram miliknya ketika berada di tempat duduk pesawat itu sebelum berlepas.

Video dengan nama akaun @masa1777 berdurasi 15 saat itu dimuat naik kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Amsterdam dengan kapsyen: “Bismillah…#hatiadasikitgentar”.


Nenek Tiri DS Najib Antara Penumpang MH17

nenek tiri ds najib, nenek tiri najib penumpang mh17

SEORANG daripada 283 penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dikenal pasti sebagai nenek tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Berita sedih itu diketahui Perdana Menteri dan sepupunya yang juga Menteri Pertahanan, lapor sebuah portal berita.

Sumber rapat dengan keluarga pemimpin berkenaan memberitahu, mangsa, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk Najib dan Hishammuddin.

Mohd Noad adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila. – mstar.com.my

Jangan Biar Ukraine, Rusia Sentuh Kotak Hitam MH17

kotak hitam MH17, mh17, berita pesawat mas mh17

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 perlu diserahkan terus kepada Malaysia tanpa disentuh oleh mana-mana pihak.

"Saya sangat-sangat berharap kotak hitam MH17 tidak diperiksa Rusia mahupun Ukraine.

"Ia harus kembali ke Malaysia," katanya dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam malam tadi (waktu tempatan) dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini.

Pesawat tersebut yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan peluru berpandu sistem anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.

Terdahulu, Khairy berkata bahawa Malaysia tidak akan berhenti mencari dalang  nahas MH17.

"Rusia menyalahkan Ukraine. Ukraine menyalahkan pemisah pro-Rusia.

"Kami tidak akan berhenti mencari pihak yang bertanggungjawab terhadap nahas MH17," tambahnya.MH17

Gambar Honda Jazz Baru, Hanya Dari RM72,800

gambar honda jazz baru, honda jazz,

Kuala Lumpur: Honda Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan generasi ketiga, Honda Jazz sebentar tadi.

Kereta kompak yang melakukan pemasangan tempatan (CKD) itu hadir dengan tiga varian iaitu S, E dan V.

Ia dijual masing-masing RM72,800, RM79,800 dan RM87,800 atas jalan termasuk insurans.

Honda Jazz terbaru hadir dengan bentuk baru yang mana ruangan dalamannya lebih luas bagi sebuah kenderaan kompak.

Enjinnya menggunakan 1.5 liter yang menyalurkan 120 PS pada 6,600 rpm dengan tork setinggi 145 Nm pada 4,600 rpm.

Selain itu, ia dipadankan kotak gear CVT terbaru daripada Teknologi Earth Dreams yang menawarkan tahap penggunaan bahan api yang optimum.

Kanak-Kanak Maut Tersedak Biji Rambutan

kanak-kanak maut tersedak biji rambutan, maut tersedak biji rambutan, tersedak biji rambutan, rambutan

Bangi – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas tercekik biji rambutan ketika sedang mengunyah buah berkenaan di rumahnya di Bangi Perdana, semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa Muhammad Rayyan Iman Asri dikatakan tercekik ketika sedang menjamu selera ditemani pembantu rumahnya.

Kakak mangsa, Sorfina Batrisyia, 13, berkata, dia yang sedang bersiap di dalam bilik untuk ke sekolah pada sesi petang terkejut apabila pembantu rumahnya itu menjerit memberitahu keadaan menimpa Rayyan Iman.

Katanya, dia terus bergegas melihat keadaan adiknya itu yang didapati terbaring dalam keadaan sesak nafas.

“Saya segera menelefon bapa yang ketika itu keluar bekerja.

Hilang Tiga Jari Akibat Main Mercun

hilang tiga jari akibat main mercun, hilang tiga jari kena mercun

Kota Bharu – Kelantan merekodkan mangsa pertama mercun selepas lapan hari umat Islam berpuasa apabila seorang remaja berusia 14 tahun putus tiga jari akibat bermain mercun botol dalam kejadian di Kampung Gual Periok, Rantau Panjang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Idham Syafiq Mohd Tahir yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok dikejarkan ke Hospital Pasir Mas (HPM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Anak ketiga daripada lima beradik yang juga anak yatim itu kini ditempatkan di Wad Chempaka di hospital berkenaan.

Menurut Mohd Idham Syafiq, kejadian berlaku pantas apabila mercun yang dipegangnya tiba-tiba meletup ketika dinyalakan.

“Sebelum bermain mercun, saya dan rakan ke lokasi terletak kira-kira satu kilometer (km) dari rumah di Kampung Luar Gual Periok kerana bimbang dimarahi datuk.

“Ketika menyalakan mercun pertama, tiba-tiba ia meletup. Saya kemudian melihat tangan sudah dipenuhi darah sebelum rakan membawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) dengan menunggang motosikal,” katanya.

Manakala, datuknya Mohd Rashid Ibrahim, 59, mengakui terkejut apabila tiba-tiba dimaklumkan cucunya itu berada di hospital.

“Saya tiada di rumah ketika kejadian dan hanya diberitahu cucu dimasukkan ke hospital. Setiap kali musim raya, saya selalu mengingatkan dia supaya tidak bermain mercun, tetapi tidak sangka kejadian buruk ini menimpa cucu sendiri,” katanya.

Terdahulu, Mohd Idham Syafiq menerima lawatan dan menerima sumbangan daripada Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim kira-kira jam 11.30 pagi.

Sementara itu, Mazlan berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan mengelak daripada bermain mercun terutama kanak-kanak dan remaja.

Katanya, mercun terbabit bukan saja mendatangkan kecederaan parah, tetapi juga boleh menyebabkan kematian.

Gambar: Solat Dua Imam Serentak Di Masjid

solat dua imam serentak di masjid, solat dua imam

solat dua imam serentak di masjid, solat dua imam serentak

RANTAU PANJANG – Ramadan yang mulia dicemari dengan insiden di mana berlaku solat membabitkan dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti semalam.

Kejadian sejak 3 Julai lalu, menyebabkan jemaah terbahagi kepada dua kumpulan dan ia berlaku ketika solat fardu dan tarawih.

Kebiasaannya kes seumpama ini dikaitkan dengan fahaman politik tetapi lain pula yang berlaku di kampung ini, kerana kedua-dua pihak mendakwa ia berpunca daripada berbezaan fahaman agama Islam.

Perselisihan ini membawa kepada percanggahan pendapat seterusnya perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat.

Tinjauan mendapati, perpecahan itu bukan sahaja melibatkan jemaah lelaki, malah golongan wanita yang turut terbahagi kepada dua kumpulan dan dibezakan dengan pengadang.

Bagi kumpulan pertama ia diketuai oleh seorang imam dan hampir 30 jemaah menunaikan solat di saf hadapan manakala kumpulan kedua, imam lain menunaikan solat bersama hampir 50 hingga 100 jemaah lain di belakang saf pertama.

Pengakuan kumpulan satu

Pemilik tapak masjid berkenaan, Ustaz Yahya Zakaria berkata, selepas melanjutkan pelajaran di Mesir, dia pulang ke kampung ini dengan harapan dapat menyambung perjuangan bapa (Tok Guru Zakaria) sebelum ini.

Menurutnya, ketika itu tiada masalah berlaku sehinggalah pada tahun 2010 apabila penduduk tidak berpuas hati dia menjemput para ulama dari dalam dan luar negara ke kampung ini.

“Mungkin mereka tidak berpuas hati kerana kami tidak mengajak mereka bersama menganjurkan majlis meriah seumpama itu.

“Bagi saya, saya amat berbangga apabila ramai para ulama seluruh dunia berkumpul di kampung ini namun tidak pada penduduk, apabila terus menerus melempar fitnah kepada saya,” katanya.

Beliau yang juga guru di sekolah dekat sini berkata, tiada sebarang perbezaan dilakukan dalam berdakwah mengikut Tarekat Tarjani.

Menurutnya, selawat dan solatmengikut ajaran Islam yang sebenar tiada sebarang tokok tambah.

Namun katanya, penduduk tidak yakin sehingga sanggup membuat saf baharu meskipun saya bersiap mahu menunaikan solat di masjid ini.

“Saya paling kecewa pada 2012 lalu, apabila mereka melarang saya menunaikan solat di dalam masjid yang dibina arwah bapa saya biarpun tanah ini sudah pun diwarisi kepada kami tiga beradik,” katanya.

Menurutnya, tindakan penduduk kampung diibaratkan menidakkan hak mereka seterusnya sengaja menimbulkan huru-hara.

Disebabkan katanya, dia memfailkan saman di Mahkamah Tinggi agar tidak membenarkan penduduk menjejakkan kaki ke dalam masjid ini pada 12 Disember tahun lalu.

Kumpulan kedua beri penjelasan

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Nor Razali berkata, kejadian ini bermula pada 2010 lalu namun mula memuncak pada 2011 sehingga 2012 lalu.

Ketika itu katanya, penduduk dipelawa mengikut ajaran tarekat berkenaan namun kebanyakannya tidak yakin seterusnya tidak mengikut saranan yang dibawa oleh Ustaz Yahya Zakaria.

Beberapa lama selepas itu, Mohd Nor mendakwa Ustaz Yahya membuat perintah mahkamah agar tidak membenarkan 13 penduduk menunaikan solat di masjid ini bermula akhir tahun lalu.

Memandangkan masjid ini dibina di atas tanah hak milik tiga anak Allahyarham Tok Guru Zakaria, maka penduduk dilarang menjejakkan kaki di pekarangan masjid kerana didakwa boleh mencetuskan perselisihan.

Namun pada 1 Julai lalu, mahkamah membenarkan penduduk menunaikan solat terawih sepanjang Ramadan tahun ini.

Menurutnya, jemaah dari kumpulan Ustaz Yahya juga tidak menghalang penduduk memasuki masjid namun keengganan berganjak dari saf depan menyebabkan  kejadian solat dua imam serentak.

Katanya, penduduk sukar tunaikan solat Maghrib selepas majlis berbuka puasa kerana kumpulan pertama enggan berganjak dari saf hadapan.

Maka katanya, jemaah terpaksa membuat saf baharu, satu saf di belakang kumpulan pertama untuk solat Maghrib, Isyak dan solat tarawih.

“Mereka hanya duduk di hadapan saf tanpa tunai solat terlebih dahulu dan mendakwa sedang berselawat.

“Disebabkan waktu Isyak semakin menghampiri, maka kami terpaksa menunaikan solat di belakang saf mereka, tanpa menunggu mereka selesai berselawat,” katanya.

Keadaan ini katanya, turut berpanjangan sehingga ke solat tarawih membabitkan jemaah yang sama, mengikut dua imam berlainan.

Sementara itu, penduduk, Ismail Awang, 75, berkata, di masjid seramai 500 jemaah dapat menunaikan solat dalam satu-satu masa.

Namun katanya, insiden ini menyebabkan ramai tidak dapat menunaikan solat sekali gus menyukarkan penduduk untuk beribadah di bulan Ramadan.

Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan menyiasat punca berlakunya insiden solat dua imam serentak di masjid berkenaan.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Ir Yusoff Ismail berkata, sebelum ini pihaknya tidak terima selaporan berhubung kejadian ini.

Namun katanya, Maik akan hantar pegawai untuk mengetahui masalah yang berlaku membabitkan dua pihak terbabit seterusnya mencari jalan penyelesaian kes berkenaan.

“Insiden ini tidak sepatutnya berlaku terutama ketika bulan Ramadan malah berlaku di dalam rumah ALLAH,"katanya.

Felixia Yeap Pilih Nama Islam Menerusi Mimpi

felixia yeap pilih nama islam menerusi mimpi, felixia yeap pilih nama islam

Selayang: “Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam,” kata bekas model Felixia Yeap, 28, yang bakal memeluk Islam pada Khamis ini.

Menurutnya, dia akan hanya mengumumkan nama barunya pada majlis memeluk agama Islam nanti.

“Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.

“Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur,” katanya ketika majlis Santai Ramadan Pertamaku di sini, semalam.

Yeap berkata, pada mulanya dia menyangka nama berkenaan tidak membawa apa-apa maksud.

“Namun apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yang baik dan indah,” katanya.

Menurutnya lagi, dia mengimpikan menjadi Muslimah yang baik selepas memeluk Islam.

“Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar kehidupan lampau saya.

“Pada masa yang sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dan sudah tentu mahu berkahwin,” katanya yang mengakui sudah mempunyai calon suami yang bukan daripada kalangan ustaz.

Ditanya mengenai pengalaman berpuasa, Yeap berkata, dia pernah cuba berpuasa pada dua tahun lalu iaitu selama sehari, tetapi tidak merasai keindahan.

“Itupun saya diajak oleh kawan saya, namun pada waktu itu, saya ingatkan minum dibenarkan, jadi saya hanya tidak makan saja.

“Pada tahun ini, saya akan berlatih berpuasa bermula hari ini,” katanya yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Najwa Latif sebagai ikon wanita bertudung.

“Agama Saya Cuma Atas Kertas, Saya Tidak Kisah”

agama saya cuma atas kertas, agama islam dipermainkan, menghina islam,

Nilai – “Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”. Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam.

Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu.

Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.

Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam.

Penyokong Bola Sepak Brazil Maut Akibat Serangan Jantung

penyokong bola sepak brazil maut akibat serangan jantung, penyokong brazil maut akibat serangan jantung

BELO HORIZONTE (Brazil): Penyokong bola sepak Brazil berusia 69 tahun maut akibat serangan jantung semasa menonton aksi penentuan sepakan penalti antara Brazil dan Chile, awal pagi tadi.

Lelaki berkenaan mengadu kurang sihat selepas Brazil menang penentuan sepakan penalti apabila perlawanan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Peminat fanatik berkenaan yang menghidap diabetis, meninggal dunia tidak lama selepas dibawa ke hospital, lapor portal berita G1 dan akhbar Estada de Minas.

Media tempatan melaporkan, pegawai kesihatan terpaksa merawat sekurang-kurangnya 100 orang semasa perlawanan, termasuk wanita berusia 50 tahun akibat masalah jantung.

Gambar Ranjang pun Dikongsi Di Instagram

gambar ranjang pun dikongsi di instagram, instagram, gambar ranjang, artis dirangjang

SK pun tidak tahu apa yang mereka fikir sehingga gambar-gambar macam ni boleh berada di Instagram sendiri.

Sepertinya mereka telah menyalahgunakan segala perkara, dari “Selfie” sehinggalah penggunaan teknologi itu sendiri.

Jika diperhatikan kepada warna kulit, rambut, bentuk muka dan sebagainya dengan senarai “username” yang like, mereka ini adalah Melayu.

Yang SK ingin ketengahkan disini bukanlah isu maksiat, dan mungkin mereka sudah berkahwin, tetapi yang menghairankan kenapa gambar-gambar seperti ini perlu ditunjukkan kepada public. Itupun kalau suami isterim bagaimanapun berdasarkan nama-nama nakal yang like itu sepertinya mereka ini bangga dan tunjuk menunjuk dalam kemaksiatan.

Inilah yang terjadi bila rasa malu itu sudah tiada, bila ajaran Islam dan adan-adab Melayu ditolak-tepi, dan bila teknologi itu disalahgunakan. Kepada ibu-bapa pantaulah aktiviti-aktiviti anak anda. Jangan ingat bila mereka berada di rumah, ibu bapa boleh rasa selamat kerana di media sosial macam-macam ada termasuklah buadaya yang tidak sihat.

Dicekup Berkhalwat Di Bulan Ramadan

dicekup berkhalwat di bulan ramadhan, berkhalwat di bulan ramadhan, dicekup berkhalwat

ALOR SETAR – Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan solat Tarawih dan amal ibadat, lain pula yang terjadi di Alor Setar, Kedah.

Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi.

Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.

Menurut pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut menahan beberapa pasangan lain.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Kota Setar untuk disiasat dan direkod keterangan, sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.

Mohd Roshidi berkata, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan maksiat walaupun pada bulan puasa untuk membendung gejala tidak bermoral di kalangan remaja dan umat Islam di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan melakukan maksiat di bulan Ramadan ini kerana anggotanya akan terus bertugas setiap hari.